“Macam mana lah cara rebus telur separuh masak macam makan dekat kopitiam tu? Aku buat selalu tak menjadi!”
Ini adalah persoalan yang sering ditanyakan oleh ramai orang yang suka makan telur, terutamanya telur separuh masak.
Setiap kali pergi ke kedai kopi, rasanya tidak lengkap jika tidak memesan telur separuh masak yang cair di sana.
Tetapi, apabila memasak sendiri di rumah, biasanya telur akan menjadi terlalu cair atau terlalu keras.
Jadi, ini adalah cara untuk merebus telur separuh masak seperti di kedai menggunakan satu peranti penting. Anda perlu membelinya!
Cara merebus telur separuh masak sama seperti di kedai kopi
Jika anda suka makan telur separuh masak tetapi tidak mahu terlalu cair, dalam artikel ini saya akan tunjukkan cara untuk masak telur.
Memecahkan telur ke atas mee atau ramen juga memang sedap!
Jika anda pernah mencuba tip lain tetapi telur terlalu cair atau terlalu keras, gunakan sahaja penggera ini untuk memudahkan kerja anda.
1. Anda hanya perlu letakkan egg timer ini bersama telur yang ingin direbus dalam periuk.
2. Pada egg timer tersebut, terdapat pilihan untuk merebus telur dalam 3 tahap berbeza: ‘soft’ , ‘medium’, dan ‘hard’.
Hard itu memang jadi telur rebus. Jadi, kena buat soft sebab sesuai untuk makan sewaktu sarapan half cook je.
3. Kemudian, bila dah warna sampai garisan yang anda inginkan tu, anda boleh terus angkat.
Kemudian pecahkan saja, tekstur dia akan menjadi seperta mana yang anda nak.
Bila sudah habis guna egg timer itu, anda boleh rendam saja dalam air paip biasa, tak ada masalah.
Warna akan kembali semula seperti asal, dan boleh digunakan semula nanti.
Sangat sedap tak terkata bila dicelup dengan roti bakar.
Kalau nak lagi sedap, tambahkan sedikit kicap dan serbuk lada hitam.
Cara itu pun sudah cukup sedap!
Mudah kan?
Bagi peminat tegar telur separuh masak, selepas ini tak perlu lagi pesan di kedai.
Lebih jimat makan di rumah kan? Selamat mencuba.
Baca:
Jadual rujukan ibu – ibu, ini takwim persekolahan sesi 2024/2025
Cikgu kecewa hampir satu kelas dapat markah kosong, tapi cita-cita mereka mengejutkan