Tak boleh terima teguran, rider motor besar mendoakan peniaga kedai makan bankrap pula. Ini puncanya…
Sudahlah buat salah, malah sombong pula. Mungkin itu gambaran yang sesuai untuk diberikan kepada seorang rider motorsikal berkuasa tinggi yang viral selepas mendoakan pemilik sebuah kedai supaya bankrap.
Gara-gara bengang apabila diminta mengalihkan kenderaannya, seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi tergamak mendoakan agar pemilik sebuah kedai di Muar, Johor mengalami bankrap.
Seorang pengguna laman Facebook, Zahedy Zakaria merakam sebelum memuat naik bukti kejadian tersebut dengan mendakwa sekumpulan penunggang itu meletakkan motosikal mereka di kaki lima berhadapan premis berkenaan.
Zahedy mendakwa, penunggang itu tidak rasa bersalah sebaliknya bertindak mengugut mahu menumbuknya dan melakukan provokasi sambil merakam situasi kejadian.
“Datang ke Muar nak makan sate, parking motor atas kaki lima kedai, menghalang orang nak niaga..bila minta alihkan motor nak berang dan nak tumbuk orang pula…
“Tak puas hati, cari pasal, tak takut dengan polis minta panggil polis datang, nak viralkan kedai siap ambil video kedai, ambil nombor plat kereta,” dakwanya.
Menerusi video dikongsi, penunggang berkenaan dilihat menadah tangan berdoa sebelum ketawa berdekah-dekah sambil mengalihkan motosikalnya selepas pihak Zahedy menghubungi anggota polis.
Susulan kejadian terbabit, Zahedy meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir penunggang motosikal berkuasa tinggi yang akal fikirannya tidak seiring dengan harga kenderaan mereka.
“Inilah sikap segelintir penunggang motor berkuasa tinggi.. harga motor dengan sikap tak sama padan dan nombor plat motor kecil pula tak ikut spesifikasi JPJ..yang lain semua ok ada dua yang sikap macam ni..
“Pembuli, provokasi, polis dah pergi datang semula cari pasal. Tak ada modal libatkan budak kecil buat-buat cerita.. contoh yang tidak baik,” katanya.
Antara komen netizen: