Realtime website trackingweb stats

Tak boleh suka hati ambil lembu berkeliaran tanpa tuan, peguam ini ajar cara heret pemilik ke mahkamah

Oleh HADI KAMARUDIN

Pemilik tanah mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penternak yang membiarkan haiwan mereka berkeliaran dan menceroboh kawasan mereka.

Namun, mereka tidak dibenarkan untuk mengambil atau menjual ternakan tersebut.

Menurut perkongsian peguam Hafiz Baharuddin di akaun TikTok,

Beliau menjawab pertanyaan seorang pengguna media sosial yang ingin mengetahui kesahihan perkara tersebut.

Hafiz menjelaskan bahawa mereka yang mengusahakan tanaman tidak mempunyai hak untuk mengambil

Tak boleh suka hati ambil lembu berkeliaran tanpa tuan, peguam ini ajar cara heret pemilik ke mahkamah

atau menjual haiwan yang menceroboh kawasan tanaman mereka, walaupun haiwan tersebut menyebabkan kerosakan.

“Perbuatan mengambil haiwan tersebut adalah salah kerana haiwan ternakan masih milik pemiliknya. Jika pemilik lembu itu menjalankan perniagaan pertanian, haiwan ternakannya pasti akan ditandai (tagging),” jelas Hafiz.

Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa pemilik tanah berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik haiwan jika ternakan tersebut menyebabkan kerosakan.

Hafiz juga menambah bahawa sekiranya penternak melaporkan kepada pihak berkuasa, pemilik tanah yang cuba menyembunyikan haiwan tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan harta tanpa pengetahuan pemiliknya.

Jika sabit kesalahan, pelaku boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda.

BACA: Lelaki ini dedah cara kaum cina buat majlis perkahwinan, personal loan diharamkan