Realtime website trackingweb stats

Tak berdiam diri, Jofliam tampil perjelas dakwaan elak bayar cukai LHDN

Oleh AHMAD ISMAIL

Baru-baru ini, pempengaruh media sosial, Cik Epal, telah berkongsi cerita mengenai bekas suaminya yang juga usahawan pizza wagyu terkenal, Jofliam.

Menurut Cik Epal, Jofliam hanya menerima bayaran tunai untuk perniagaannya, yang menimbulkan keraguan bahawa beliau mungkin tidak membayar cukai pendapatan.

Berikutan itu, Cik Epal menggesa pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menyiasat perkara tersebut.

Tidak berdiam diri, Jofliam tampil mempertahankan dirinya dengan menafikan dakwaan tersebut.

Menurutnya, beliau sudah menyelesaikan pembayaran cukai dari tahun 2022, namun pengiraan cukainya masih dalam proses kerana perniagaannya berasaskan acara yang berbeza-beza.

Tak berdiam diri, Jofliam tampil perjelas dakwaan elak bayar cukai LHDN

“Jangan hanya kira duit yang masuk, duit yang keluar pun perlu dikira juga. Saya mempunyai syarikat sekretari yang menguruskan cukai saya sejak 2020,” ujar Jofliam.

Selain itu, Jofliam turut menunjukkan bukti tangkap layar resit yang menunjukkan modal yang telah dilaburkan dalam perniagaannya, yang belum termasuk gaji pekerja.

Beliau juga menjelaskan bahawa tujuan utama acara perniagaannya adalah untuk memberi pengalaman kepada pelanggan dengan bayaran sebanyak RM150 sekotak.

BACA: Menteri dedah macam mana kerajaan boleh dapat ilham naik gaji RM1500 ke RM1700