Realtime website trackingweb stats

Tak basuh bersih periuk pun nasi boleh basi ini perkara yang kena buat kalau nak selamat

Oleh SHAZLIN AZIZ

Bagi pengguna periuk nasi yang tak boleh cabut penutupnya mesti selalu basuh bahagian dalam sahaja.

Rupanya bahagian penutup boleh dicabut dan perlu dibasuh juga,

sebab kadang-kdang wap terlalu banyak terkumpul di situ.

Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Nurul Ain Ibrahim tentang cara mencuci periuk nasi dengan betul.

Tips cuci periuk nasi

Tak basuh bersih periuk pun nasi boleh basi ini perkara yang kena buat kalau nak selamat

Bahan-bahan:

Periuk nasi
Air
Lemon dipotong dua
Soda bikarbonat (pilihan)
Cara-cara:

Basuh dan bersihkan periuk nasi. Didihkan air dan cabut bahagian wap periuk nasi. Campurkan sekali. Kemudian letak lemon.

Lap-lap bahagian penutup di bahagian bawah. Tunggu mendidih lagi. Buang air. Kemudian lap sehingga kering.

Jika anda ada soda bikarbonat, boleh guna juga. Masukkan ke dalam air yang direbus dan kemudian lap-lap.

Lepas dah bersih dah tak ada lagi bau wap, malah nasi juga jadi lambat nak basi makan bersihkan dengan betul.

Malah getak disekelilingnya juga boleh dicabut dan dibasuh seperti biasa sebab biasanya ia akan jadi warna hitam kalau lama sangat tak basuh.

Selamat mencuba!

Baca juga: Kalau jumpa duit syiling tepi jalan, ini sebab ramai sarankan jangan kutip, risau ini yang jadi