Realtime website trackingweb stats

Tak anggap Israel musuh, Putera Mahkota Arab Saudi akui normalisasi hubungan makin hampir

Oleh NURAIMAN

Tak anggap Israel musuh, Putera Mahkota Arab Saudi akui normalisasi hubungan makin hampir.

Berbeza dengan pendirian bapanya, Raja Salman Abdulaziz al-Saud, Putera Mahkota Mohammed secara terbuka bersikap tidak menganggap Israel sebagai musuh.

Mohammed, 36, sejak tahun lalu lagi sudah memberi bayangan bahawa Israel mungkin menjadi ‘sekutu’ Arab Saudi.

Malah, jangan terkejut bahawa Arab Saudi pernah membenarkan pesawat komersial Israel menggunakan ruang udara negara terbesar di Semenanjung Arab itu.

Walaupun Arab Saudi tidak mempunyai hubungan rasmi dengan Israel, Mohammed dalam saluran berita Fox News memberitahu setiap hari kedua-dua negara itu semakin dekat.

Putera Mahkota Mohammed mengakui Arab Saudi bergerak semakin hampir untuk menormalkan hubungan dengan Israel, lapor laman berita RT.

Sikap berlembut Mohammed ini dilihat mengundang rasa tidak puas hati banyak negara Islam ketika Israel masih terus menjarah bumi Palestin.

Pada awal Julai lalu contohnya, tentera Israel melancarkan operasi ketenteraan besar-besaran ke atas kem pelarian Jenin di utara Tebing Barat.

Akibatnya, tidak kurang lapan rakyat Palestin terbunuh manakala kira-kira 80 lagi cedera, termasuk 17 kritikal dalam operasi ketenteraan yang dianggap paling ganas sejak tahun 2002.

Serangan udara bertalu-talu dari tentera Israel menyasarkan bangunan menyaksikan letupan besar berlaku dalam pertempuran sengit dengan pejuang Palestin.

Oleh sebab itu, pegawai-pegawai Amerika Syarikat (AS) bertegas bahawa sebarang kejayaan melibatkan hubungan Arab Saudi dan Israel itu adalah masih jauh.

Namun, dalam masa sama, mereka secara peribadi melihat tentang manfaat persetujuan mega serantau antara negara pemilik Makkah dan Madinah itu dengan Israel.

Manfaat berkenaan termasuklah mengelakkan konflik Arab-Israel, mengukuhkan benteng terhadap Iran dan mengekang kemaraan China di rantau Teluk.

Baca:

Bawang lagi besar dari kepala, rupanya petani ini guna dua teknik hasilkan tuaian rekod dunia

Elak kena serangan strok, ini patut anda buat bila doktor kata tahap kolesterol sudah tinggi

Tular Ahli Parlimen PN dirakam hisap vape dalam Dewan Rakyat, ini penjelasan sebenar tuan badan