Realtime website trackingweb stats

Tajuddin dedah sebab apa tolak pinangan Pas pada Pru15

Oleh FATIN AQILAH

Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman, mendedahkan bahawa beliau menolak tawaran PAS

untuk mempertahankan kerusi tersebut pada PRU15 walaupun pada masa itu keahliannya dalam UMNO digantung.

Tajuddin menyatakan bahawa beliau masih sayang UMNO dan tidak mahu meninggalkan parti yang telah banyak berjasa walaupun ketika menghadapi kesukaran.

Tajuddin digantung daripada UMNO dua bulan sebelum PRU15 berlangsung pada 22 November 2022.

Beliau percaya bahawa jika menerima tawaran PAS seperti yang diterima oleh Shahidan Kassim di Arau dan Ismail Abd Muttalib di Maran, beliau pasti masih menjadi Ahli Parlimen.

Tajuddin dedah sebab apa tolak pinangan Pas pada Pru15

PAS, menurutnya, menawarkan beliau untuk bertanding semula di kerusi Pasir Salak yang telah disandangnya selama tiga penggal bermula 2008.

Bahkan, PAS sanggup menunda pengumuman calon Perikatan Nasional (PN), Jamaludin Yahya, sebagai pengganti beliau.

“Tapi saya hanya ucap terima kasih, sebab saya sudah 50 tahun dalam UMNO, semua pahit manis sudah saya lalui. Pernah dipecat pada 1995 akibat pergolakan politik dalam UMNO ketika itu.

Saya sayang UMNO dan tidak adil untuk tinggalkan parti yang banyak berjasa kepada kita,” katanya.

Pada PRU15, Barisan Nasional (BN) mencalonkan Khairul Azwan Harun yang kalah dengan majoriti 5,003 undi kepada Jamaludin.

Tajuddin melahirkan rasa syukur apabila penggantungan keahliannya selama enam tahun sejak September 2022 akhirnya ditarik balik oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 25 November lalu.

Sepanjang tempoh penggantungan itu, Tajuddin mula mengemukakan surat rayuan dan sanggup menunggu sehingga enam tahun untuk menyertai semula UMNO.

Walaupun begitu, beliau tetap berkhidmat kepada rakyat Pasir Salak dengan membuka pusat khidmat dan menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi penduduk setempat.

“Puluh ribu ringgit juga saya keluarkan dalam seminggu, bukan nak mendabik dada atau bermegah-megah, tetapi kalau tak sebut orang tak tahu,” ujarnya.

Namun, Tajuddin mengulangi pendiriannya untuk tidak bertanding di Parlimen Pasir Salak pada PRU16 dan tidak akan menawarkan diri untuk merebut jawatan Ketua UMNO bahagian tersebut.

“Bagi mengelakkan spekulasi fitnah, saya awal-awal lagi buat kenyataan saya takkan bertanding ketua bahagian atau menawarkan diri jadi calon pilihan raya.

Saya hanya nak lihat UMNO kembali bangkit, kita terima sesiapa sahaja untuk tebus kekalahan lalu, tetapi jangan letak calon sembarangan,” tambahnya.

BACA: Terpaksa balik KL, Khairul Aming umum tamatkan misi banjir Kelantan