Siapa kata B0lK0T TIDAK EFEKTIF?
Baru-baru ini, dilaporkan, tiga jenama gergasi dunia mengalami kejatuhan di pasaran saham dunia akibat boikot strategik, McDonalds, Starbucks dan Disney.
CNN melaporkan (satu lagi yang perlu b0ik0t), kejatuhan nilai tiga perniagaan tersebut adalah akibat orang ramai serata dunia memb0ik0t 3 syarikat ini.
Sebenarnya, untuk sesebuah syarikat besar mengalami kerugian yang banyak, tidak memerlukan 100% orang boikot. Tidak juga memerlukan 50% pengguna berhenti menggunakan produk mereka.
Memadai untuk sebuah syarikat besar jatuh keuntungan mereka sebanyak 10%-20% sahaja, sudah memadai untuk memberi impak yang besar kepada organisasi.
Adakah dengan b0ik0t perniagaan seperti Mc Donalds, Starbucks & Disney dan lain-lain akan menghentikan peperangan Gaza?
Jawapannya mungkin tidak. Wallahualam.
Tetapi, yang nyata, usaha boikot memberi impak kepada perniagaan-perniagaan yang membantu Zi0nis. Usaha boikot menjatuhkan nilai ekonomi mereka di pasaran saham dan juga nilai mereka di mata insan prihatin. Usaha b0ik0t akan menjauhkan syarikat-syarikat lain dalam menjalinkan hubungan dengan regim Zi0nis dalam membantu mereka.
Dan inilah yang terjadi kini. Alhamudlillah, kemenangan kepada kita.
Sekurang-kurangnya, usaha meninggalkan produk yang membantu Zi0nis yang sedikit itu, mampu memberi penangan yang besar kepada syarikat-syarikat yang membantu Zi0nis.
Dan walaupun mungkin Zi0nist melihat kemenangan mereka dalam membunuh beribu rakyat, kanak-kanak dan ibu Palestlne serta mengambil tanah mereka, ia merupakan kemenangan yang kosong yang tidak mendapat restu dan dikeji satu dunia melalui usaha b0ik0t kita.
Kini dikatakan, kita menang peperangan media diserata dunia. Apa kata kita menang juga perangan ekonomi.
Teringat sebuah kisah yang diceritakan oleh ustaz saya satu ketika dulu di zaman Nabi Ibrahim, yang dibakar oleh kaumnya. Seekor burung cuba memadam api tersebut menggunakan air yang dikendong di dalam paruhnya berulang alik. Walaupun gagal memadamkan api tersebut, tetapi apabila ditanya, jawabnya, ia berusaha juga – walaupun sedikit demi Islam.
Baca:
“Israel cukup takut dengan tindakan ini” – Senarai produk Israel wajib diboikot
“Masalah ini sudah jadi terlalu besar, saya tak mahu campur”- Shila Amzah