Realtime website trackingweb stats

Syed Saddiq perjelas MUDA keluar kenyataan gesa Khairul Aming audit laporan kewangan banjir

Oleh NUR KASIH

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, menafikan dakwaan kononnya beliau meminta usahawan dan pempengaruh Khairul Aming untuk melakukan audit kewangan

Bagi laporan bantuan banjir seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut Syed Saddiq, yang juga dikenali dengan nama penuh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman,

khabar angin tersebut adalah fitnah yang sengaja disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mencemarkan imejnya sebagai wakil rakyat.

Beliau menegaskan bahawa beliau tidak akan melakukan tindakan tersebut terhadap Khairul Aming, seorang pempengaruh yang banyak membantu mangsa-mangsa banjir di Kelantan.

Syed Saddiq perjelas MUDA keluar kenyataan gesa Khairul Aming audit laporan kewangan banjir

“Saya difitnah. Mohon jasa baik kepada sesiapa yang mengenali saudara Khairul Aming untuk memberitahunya,” katanya melalui satu hantaran di Instagram.

“Saya sangat mengagumi beliau, jadi kenapa saya perlu melakukan perkara seperti itu terhadap beliau? Kita harus melawan fitnah dengan kebenaran, bukan dengan kebatilan,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, sebuah hantaran di media sosial mendakwa terdapat individu di laman X yang mengatakan bahawa parti MUDA memberi amaran kepada Khairul Aming untuk melakukan audit kewangan meskipun menggunakan dana peribadi untuk membantu mangsa banjir.

“Walaupun guna duit sendiri, perlu audit,” kata individu tersebut yang mendakwa ia sebagai kenyataan dari MUDA.

BACA: Pemilik Tesla terkejut kereta elektrik kena caj RM 36k akibat kebocoran minyak