Realtime website trackingweb stats

Syed Saddiq edarkan 30 laptop berkualiti tinggi kepada pelajar di Muar

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Sejak sesi persekolahan bermula mengikut kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), pelbagai masalah, rungutan dan keluhan timbul dalam kalangan ibu bapa yang memiliki kekangan untuk menyediakan kemudahan itu kepada anak-anak mereka.

Bukan sahaja masalah liputan tidak memuaskan, rata-rata ibu bapa juga berdepan isu menyediakan peranti kepada anak-anak mereka, tidak kira sama ada telefon bimbit, tablet atau komputer riba disebabkan faktor kurang berkemampuan.

Menyedari masalah itu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah menjadi bualan ramai apabila menggerakan kempen #botakchallenge pada akhir tahun lalu bagi menjayakan inisiatif mengutip dana untuk program 1 Keluarga 1 Laptop kepada penduduk Parlimen tersebut.

Berkongsi dengan Utusan Malaysia, bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, beliau terpanggil untuk menjayakan kempen itu selepas mendengar sendiri keluhan ibu bapa mengenai kekurangan peranti untuk anak-anak mereka belajar secara dalam talian.

Kata beliau, kebanyakan keluarga yang ditemuinya rata-rata berpendapatan kurang RM1,500 serta memiliki isi rumah yang ramai sehingga empat ke enam orang anak.

“Ada kalanya mereka terpaksa meminjam komputer riba kawan-kawan atau lebih sukar lagi mengeluarkan RM2 sejam untuk menggunakan komputer yang memiliki talian internet di kafe siber berdekatan. Itu jika sejam tetapi biasanya lebih daripada itu,” katanya.

Baru-baru ini, tular di media sosial Twitter bahawa Syed Saddiq ingin mengagihkan komputer riba jenama MSI yang berharga lingkungan Rm5,000 kepada mereka yang memerlukan untuk kemudahan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Gambar: menunjukkan bukti beliau sudah mengagihkan komputer riba dan tablet kepada lebih 1000 orang keluarga di Muar.

Gambar: menunjukkan perincian berkaitan komputer riba tersebut dan beliau ingin mengedarkan lagi
30 komputer riba MSI Modern 14 yang sangat berkualiti untuk pelajar di Muar.

 

Video: menunjukkan reaksi beliau yang tidak menyangka kualiti komputer riba ini sungguh hebat.

Walaupun Syed Saddiq tahu bahawa komputer riba ini lebih sesuai untuk bermain games, tetapi beliau tetap ingin memberi komputer riba dengan kualiti yg baik kepada pelajar di Muar.

Sementara itu, beliau berharap lebih ramai Ahli Parlimen terutamanya di pihak kerajaan boleh melakukan program sama iaitu menyediakan satu komputer riba bagi setiap keluarga di kawasan masing-masing supaya masalah ketika PdPR dapat diatasi.

“Saya tak dapat pun peruntukan tetapi saya boleh buat inisiatif menyampaikan ratusan laptop, kenapa mereka tidak boleh lakukan perkara yang sama lebih-lebih lagi mereka ada peruntukan wakil rakyat,” katanya.

Sumber: akaun Twitter @SyedSaddiq

Kami menjemput dan mengalu-alukan untuk kongsikan pandangan dan artikel penulisan anda ke NextStep Malaysia:
Email NextStepMalaysia: [email protected]