Realtime website trackingweb stats

Syarikat penerbangan buat peraturan kena timbang berat badan sebelum berlepas, tak ada terkecuali

Oleh FATIN AQILAH

Sebuah syarikat penerbangan di Thailand melaksanakan satu peraturan agak janggal namun sangat penting demi keselamatan penumpang dan pesawat.

Syarikat penerbangan Bangkok Airways telah mengumumkan bahawa mereka akan meminta penumpang untuk menimbang berat badan mereka sebelum menaiki pesawat, dan langkah ini akan berkuat kuasa hingga 31 Oktober.

Syarikat ini juga mengesahkan bahawa semua maklumat yang dikumpulkan, termasuk berat badan dari timbangan, akan dirahsiakan.

Dalam kenyataan, Bangkok Airways menyatakan bahawa prosedur menimbang berat badan penumpang adalah selaras dengan standard Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan tujuannya adalah untuk membantu dalam pengiraan berat pesawat bagi memastikan keselamatan penerbangan.

Pihak syarikat penerbangan juga menegaskan bahawa proses penimbangan akan dijalankan di pintu berlepas sebelum penumpang memasuki pesawat, dan mereka memohon kerjasama semua penumpang dalam melaksanakan langkah ini.

Bangkok Airways menyediakan perkhidmatan berjadual ke destinasi di Thailand, Kemboja, Hong Kong, Laos, Maldives, Myanmar, Singapura, dan Vietnam.

Ia berpusat di Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok.

Baca:

Lelaki ditangkap khalwat isteri orang, namun hukuman pelik ini buat suami wanita tersebut tak puas hati

Farid Kamil dedah punca buat dia kembali bersatu dengan Diana Danielle, sukar diluahkan dengan kata-kata

Siapa Mohd Yatim Yahaya? Ketahui siapa tokoh ini sehingga jadi nama jalan