Realtime website trackingweb stats

Syarikat induk Tiktok saman pelajar intern RM 4.8 juta

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Syarikat induk TikTok, ByteDance, dilaporkan telah memfailkan saman terhadap bekas intern mereka

Dengan menuntut ganti rugi sebanyak $1.1 juta (sekitar RM4.8 juta).

Saman tersebut dipercayai berkaitan dengan dakwaan bahawa individu berkenaan telah mensabotaj projek latihan model kecerdasan buatan (AI) syarikat itu.

Menurut laporan media tempatan, saman itu difailkan di Mahkamah Daerah Beijing dan mendakwa

Tertuduh sengaja mengubah kod dalam tugasan latihan model AI yang dijalankan oleh ByteDance.

Syarikat induk Tiktok saman pelajar intern RM 4.8 juta

ByteDance juga dilaporkan telah merujuk kes ini dalam notis disiplin dalaman yang dikeluarkan pada bulan ini, menurut laporan SCMP.

Selain menuntut ganti rugi yang besar, sumber media China turut melaporkan bahawa ByteDance turut meminta permohonan maaf secara terbuka daripada bekas intern tersebut.

Pada bulan lalu, ByteDance memberitahu BBC bahawa mereka telah memecat individu tersebut pada Ogos lalu.

Difahamkan, tertuduh merupakan seorang intern di pasukan teknologi syarikat itu, tetapi tidak bekerja di makmal AI mereka.

Syarikat tersebut juga menyatakan bahawa profil media sosial tertuduh mengandungi maklumat yang tidak tepat, di mana di LinkedIn, dia mendakwa telah menjadi intern penyelidikan di pasukan VC dan makmal AI ByteDance sejak 2021.

Bagaimanapun, ByteDance menolak laporan yang mendakwa individu tersebut menyebabkan kerosakan pada kira-kira 8,000 cip GPU dan menyebabkan kerugian jutaan dolar.

Setakat ini, kedua-dua pihak, ByteDance dan tertuduh, masih belum memberikan sebarang kenyataan lanjut berkenaan isu ini.

BACA: Macam mana nak ambil wudhu ketika banjir? Ini jawapan Ustaz Wadi