Bagi pengemar durian, bila tiba musim durian, mereka pasti tidak akan melepaskan peluang itu.
Berbeza dengan situasi di negara jiran, di mana anaknya terpaksa tinggal di sana dan tidak dapat pulang untuk menikmati musim durian di kampung.
Sebuah video yang menjadi viral di media sosial Indonesia menunjukkan seorang wanita berkongsi bahawa dia menerima beberapa biji durian daripada ibu bapanya di kampung.
Keistimewaan buah durian itu adalah durinya telah dipotong, seperti yang dilaporkan dalam program berita Liputan 6 semalam.
Wanita tersebut memperlihatkan bahawa dia menerima seguni buah durian tanpa durinya daripada ibu bapanya.
“Ibu bapa saya mengirim satu guni buah durian dari kampung yang durinya sudah dibuang. Terkejut saya ketika membukanya,” kata wanita tersebut dalam keterangan video yang dikongsikan.
Namun yang menarik perhatian ialah bentuk buah raja tersebut yang, menurut netizen, sama dengan buah sukun atau nangka muda.
“Itu bukan durian, itu sukun,” kata seorang netizen.
“Ibu bapanya bersusah payah membuang duri pada durian tetapi ia kelihatan seperti (buah) sukun,” kata netizen lain.
Baca:
Ahli KWSP dibenar guna akaun 2 beli insurans untuk keluarga
Cikgu Fadli dah ‘letih’, ini sebabnya silibus KBAT seawal Tahap 1 wajib dimansuhkan
Malaysia akan terima bangunan tertinggi baharu? Lebih tinggi dari Merdeka 118