Menguruskan rumah kadang-kadang boleh terasa mencabar dan melelahkan kerana memerlukan keazaman dan kesabaran yang kuat.
Azreena, seorang pengguna TikTok, berkongsi petua berguna untuk menjadikan proses mengemas rumah lebih efisien dan menyeronokkan.
Buat 2 kerja dalam 1 masa
Azreena mencadangkan konsep “clean as you go”, di mana kita membersih sambil melakukan tugasan harian lain.
Misalnya, sambil gosok gigi di tandas, bersihkan sinki. Atau semasa memasak, basuh pinggan.
Tetapkan kewajipan
Setiap kerja rutin perlu ditetapkan sebagai kewajipan. Contohnya, mop lantai dapur setiap pagi, bersihkan kabinet dapur selepas makan tengah hari, dan bersihkan sinki sebelum tidur.
Declutter
Buang barang-barang yang tidak lagi digunakan secara berkala. Lakukan operasi declutter di tempat seperti almari pakaian, bilik stor, kabinet dapur, dan laci untuk memastikan rumah tidak berserabut.
Naik taraf alat pembersihan
Jika berkemampuan, naik taraf alat pembersihan seperti penyedut hampagas dan mop yang baru untuk menjimatkan masa dan hasilkan kerja yang lebih efektif.
Pembahagian tugasan
Libatkan ahli keluarga dalam menguruskan rumah. Meskipun mungkin tidak sempurna, bantu-bantu dalam tugas seperti membuang sampah atau menjemur pakaian boleh mengurangkan beban.
Dengan petua ini, diharapkan proses mengemas rumah menjadi lebih mudah dan menyenangkan bagi semua penghuni.