Realtime website trackingweb stats

Sumber protein yang dipandang remeh, ini fakta dan mitos mengenai telur wajib anda tahu

Oleh FATIN AQILAH

Mungkin ramai yang melihat telur tidak lebih hanya antara bermacam bahan makanan sedangkan kaya dengan sumber protein.

Tidak kurang juga yang memberi tanggapan salah terhadap telur kononnya tinggi kolesterol dan boleh jadi penyebab penyakit strok atau angin ahmar dan sakit jantung.

Walhal, makan telur boleh memberi kesan baik untuk khusus untuk jantung anda.

Makan sebiji telur setiap hari membawa kepada pengurangan ketara 4.4 peratus gula dalam darah.

Jangan tidak tahu, telur juga meningkatkan tahap kolesterol baik, mengenyangkan, dan membantu pengurusan berat badan yang menghalang masalah jantung.

Pelbagaikan cara masakan telur dengan makan telur rebus adalah lebih baik bagi mengekalkan nutrien.

Berikut adalah fakta dan mitos mengenai telur wajib anda tahu:

FAKTA

1. Telur mengenyangkan kerana lemak tinggi menyebabkan kenyang. 2-3 biji telur lebih kenyang berbanding 3 keping roti.

2. Telur tidak meningkatkan gula darah. Bagus untuk diabetes. Bagus untuk kurus. Lulus keto cemerlang.

3. Telur memberi tenaga lebih lama berbanding karbo/gula sebab telur lebih lambat serap masuk darah.

4. Telur makanan padat nutrisi. Superfood kaya dengan protein, lemak kolesterol penting, antioksida zeaxanthin, choline, biotin, sulfur, vitamin A, vitamin D dan vitamin B.

5. Telur juga akan mencantikkan kulit kerana tinggi lemak omega, tinggi sulfur yang akan menggalakkan antioksida glutathion. Lama-lama makan telur banyak, kulit jadi glowing.

MITOS

1. Telur tinggi lemak tepu bahaya untuk jantung. Banyak kajian menunjukkan lemak tepu telur baik untuk jantung.

2. Telur tinggi kolesterol jadi strok dan sakit jantung. Gari panduan pemakanan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) 2015 menyatakan tiada bukti saintifik kukuh.

3. Telur menyebabkan kolesterol rosakkan organ macam buah pinggang dan organ hati. Ini dakwaan langsung tiada asas.

4. Telur tinggi kolesterol jadi menyebabkan badan penat dan tekanan darah tinggi. Ini tidak saintifik langsung.

5. Makan 3 biji telur seminggu saja. Ini adalah syor lama yang berdasarkan garis panduan lama yang mengaitkan dengan bahaya kolesterol. Realitinya, tiada masalah makan telur setiap hari sebenarnya.

Info tambahan:

Biasanya yang jadi “angin” selepas makan telur ini ialah orang yang ada masalah sistem pencernaan atau alah telur. Biasa berlaku pada orang ekzema, asma, GERD, psoriasis dan diabetes.

Baca:

Penjawat awam bakal nikmati kenaikan gaji dan bonus, besar juga jumlah yang Ceupacs cadang

Pulih sepenuhnya kanser tahap 4, pengalaman remaja hafaz al-Quran ini mengagumkan

Muka macam Sudirman, ramai kagum, penampilan penyanyi ini mengubat rindu rakyat Malaysia