salam,
Saya berkahwin dengan orang yang alim zikir tasbih tak pernah tinggal, perwatakan suami menarik, kerja kerajaan.
11 tahun kami berkahwin, saya anak rapat-rapat, anak 4 orang.
Saya tiada org tua saya anak tunggal, mertua dah tiada.
Ipar pula tinggal berjauhan tak ambil tahu. Saya tiada tmpat mengadu.
Sepanjang membesarkan anak saya sering ditengking, malah dimaki hamun di hadapan orang itu perkara biasa.
Taraf isteri dengan anak sama sahaja, bila suami nak marah anak, saya juga akan terbabit sama.
Biasa sangat nak marah anak tapi tuju pada saya dulu selalu kata “tak pandai ajar anak”.
Kalu anak menangis dia tak boleh dengar serabut dan akan membebel sambil anak nangis sambil dengar dia membebel provok² mental saya.
Nak makan semeja tak bagi isteri baginya kena layan ank dan dia sahaja.
Duit nafkah 11 tahun tak pernah beri bila diminta dia akan buat tak tahu sahaja.
Kalau mintk juga, dia tarik muka, hubungan akan tegang.
Kalu tak ada duit saya faham tapi duit sememangnya ada tapi oleh sebab takut jatuh ego, jadi berat nak hulur bini.
Urus diri sendiri tak pandai satu pon, contoh lauk kene hidang siap-siap.
Nasi kalu tak sempat cedok alamaknya tak makanlah.
Kalu makan pun cedok dalam keadaan marah.
Air manis tak pernah putus, bila habis tak pandai nak kacau sendiri.
Alasan nak beri pahala banyak-banyak pada saya, padahal malas.
Hujung minggu tidur sepanjang hari.
lapar bangun makan.
Tak kejut tak bangunnya. Tak pndai bangun dengan sendiri.
Biasa sembahyang pastu akan sambung tidur, suami pernah warning saya dulu, awk jgn pandai² nak arah sy buat itu ini.
Ingat! saya tidak akan sesekali buat. sadis kan??
Jauh sekali nak bawa anak jalan-jalan.
Baik dia tidur alasan katanya dah akhir zaman nabi suruh ikat anak bini di rumah.
Saya selalu diugut isteri derhaka dan mulut tak berhenti cakap apa susah-susah tengoklah nanti dia nak kahwin lain.
Dulu-dulukan bila dengar ayat ini saya jadi mengigil takut sangat oleh kerana sayang, smpai sanggup saya perbodohkan diri jadi hamba dia agar dia tak sumpah saya lagi isteri derhaka dan niat nak berkahwin lain.
Satu hari saya melecur terkena ‘pressure cooker’ dari pusat sampai lutut.
kulit peha dah mula terkopek, menelas saya jalan terhenjut-henjut.
Nak kejutkan dia kebetulan dia cuti, minta dia bawa pergi klinik.
Dia jerkah saya sebab ganggu dia tidur.
saya sangat sedih lihat keadaan diri saya masa itu.
Akhirnya saya masuk bilik mnyusu anak dan saya tidur dalam keadaan menahan sakit.
Petang baru nak hantar dalam keadaan marah dan terpaksa. Dia hantar saya klinik, dia tunggu di luar.
Selepas daripada itu, saya baru sedar dia telah menzalimi saya ,langsung tiada kebajikan atas diri saya, setelah apa yang saya korbankan dalam rumahtangga.
saya mengabadikan diri saya sepenuhnya sepanjang 11 tahun.
Saya jadi dungu sedungunya.
Dulunya saya gempal 70kg.. perwatakan saya tak terurus sebab saya besarkan anak seorang diri.
Selepas daripada itu, saya mula bangkit mencari titik kekuatan saya.
Saat ini baru saya sedar, bila nak jadi isteri kena cerdik.
Kena ada ilmu kene ada pendirian ketegasan.
Bukan nak derhaka tapi nak melindungi hak saya sebagai isteri.
Dulu saya serah diri bulat-bulat pada suami, saya jadi mangsa hamba dia akan mnggunakan agama untuk bina hujah-hujah dan alasan , dia mengerah keringat saya, saya dihenyak-henyak tanpa belas kasihan.
Tak lain tak bukan untuk kepentingan dia sahaja.
Kini anak saya dah besar-besar dan boleh jadi teman saya gelak sama-sama pergi berjalan keluar makan bersama-sama.
Buat kerja dapur sama-sama, suami saya?
Memang dah tak boleh diubah, saya biarkan dengan kehidupan dia.
kadang-kadang dia masih ugut nak kahwin lain.
Saya boleh cakap “silakan”, saya tak takut lagi dengan ugutan dia.
Saya bersyukur anak saya lebih tegas dan boleh melindungi saya jika suami cuba cari gaduh dan marah-marah saya tak tentu pasal.
Saya yang dulu agak berisi kini dah langsing dari berat 70kg jadi 44kg.
Perwatakan lebih terurus daripada dulu.
Kulit gelap sekarang cerah, kalau dulu macam ibu org, tapi sekarang kalau saya jalan sorang, orang akan ingat saya masih anak dara lagi.
Sekarang saya perasan suami selalu nak datang dekat seringkali berdamping nak bersama dengan saya.
Alhamdulilah saya kini lebih berpendirian, saya bertegas bab nafkah bulan-bulan saya tidak berkompromi itu hak saya.
Kalau tak dapat saya pergi mengadu pada ahli kelurga dia.
Sekarang suami dah tidak berani buat mudah-mudah pada saya.
Tentu sahaja dia akan malu muka, kakak dia akan tegur kelakuan dia yang tak kena.
Syukur 11 tahun yang dulunya penuh pancaroba.
Anak menjadi saksi perit jerih saya, begitu menguji mental saya.
Benarlah, rumahtangga ini merupakan satu ujian
Tahun hadapan saya dah nak mula keluar bekerja.
Saya tidak lagi merancang untuk melahirkan zuriat.
Suami bagi ke saya bekerja???
Ishh… alasan sayang sangatlah konon, tapi saya tak berputus asa.
Saya pergi mengadu pada kakak dia yang saya nak kerja sebab anak dah besar, dan saya nak bayar balik pinjaman PTPTN saya yang sudah lama tertunggak.
Akhirnya suami saya akur sahaja.
Isteri lebih-lebih lagi surirumah, insan yang paling mulia sanggup mengenepikan kepentingan diri tidak lain tidak bukan untuk suami.
Bangkitlah jangan jadi isteri mcm saya yang dahulu.
Ia memakan diri fizikal dan mental, mujur umur panjang.
Banyak lagi penderitaan saya tanggung tapi tak terluah ini sahaja buat kali ini.
sekian…
Baca :
“Mahkamah tak bongok” – Aliff Syukri bagi jawapan padu kepada Azwan Ali