Seorang wanita yang secara sinis mengucapkan syukur kerana mendapat suami yang baik dan rajin kerana sidai baju termasuk di atas BMW akhirnya mengundang nista netizen.
Perkongsian video oleh Noraiza Azmi itu mulanya memaparkan pakaian yang disidai di pagar kediaman tersebut.
Seterusnya, penonton dibawa ke BMW berwarna merah yang juga bersidai dengan pakaian.
Namun, dihujani kecaman warga maya apabila perakam video dilihat saja mahu menunjuk kereta mewah yang dimiliki.
Tanggapan warganet itu makin kuat apabila hanya nombor pendaftaran BMW itu sahaja ‘ditutup’ dengan baju yang disidai.
Hal ini memandangkan, jika benar sidai baju semestinya baju itu dihamparkan menutup logo BMW bukannya dibiar meleret kena permukaan lantai.
Ada juga yang menjangkakan keadaan baju yang meleret ke lantai demi ‘content’ dan menutup nombor plat kereta itu akan berisiko dikencing oleh kucing yang kebetulan ada lalu dalam rakaman video tersebut.
“Dah siap-siap tutup nombor plat nampak. Kantoi sis semata-mata nak buat content kan, sekadar berfikir di luar kotak.
“Dia sanggup sidai tutup plate sampai meleret ke lantai dari sidai tutup logo BMW,” kata warganet.
Terdapat juga sindiran bahawa mereka baru tahu kegunaan ‘wiper’ boleh dimanfaatkan untuk sidai pakaian basah.
“Baru tahu kegunaan wiper BMW. Terima kasih kak. Selepas ni dah boleh sidai dekat wiper BMW saya je,” kata Shahrul Ezwan pula.
Dalam masa sama, ada juga para suami mengucapkan syukur kerana isteri masing-masing tidak terjebak dalam menghasilkan ‘content’ menunjuk barang mewah seperti itu.
“Nasib baik isteri aku bukan jenis buat video content-content macam ni. Alhamdulillah,” tulis pengguna Facebook, Muhammad Rosli Zakaria.
Baca:
Satu-satunya aplikasi paling efisyen untuk transfer gambar dari fon ke laptop
Pandangan b*doh soal SPM Youtuber ini dikecam netizen
Takkan nak bayar loan sampai tua, pergi bank dan buat cara ini