Realtime website trackingweb stats

“Suami orang mana yang saya dah main tu?”- Shakilla berang dituduh berzina

Oleh SHAZLIN AZIZ

Pelakon, Shakilla Khoriri, 34 tahun, telah mendedahkan identiti individu yang telah membuat tuduhan palsu terhadapnya, menunjukkan bahawa dia tidak akan lagi memberi perhatian kepada netizen yang bersikap terlampau ekstrem.

Tindakan ini diambil oleh Shakila semalam selepas bersabar dengan segelintir orang yang menfitnah bahawa dia terlibat dalam hubungan yang tidak sah dengan suami orang.

Melalui hantaran di Instagram, Shakila turut meminta individu yang terlibat untuk bertemu dengannya, terutamanya kerana dia akan berada di Terengganu untuk sesi penggambaran, lokasi yang sama di mana individu tersebut berada.

“Assalamualaikum. Khamis saya akan ke Terengganu ada shooting dekat sana. Alang-alang jom kita jumpa nak? Nak dengar juga cerita yang I lagi tak tahu.

“Nak tahu juga suami orang mana yang saya sudah main tu sebab mak ayah adik kakak saya pun tengah tanya ni. Awak nak hubungi saya atau saya suruh orang cari awak? Pilih lah. Jumpa esok malam,” katanya.

Tambah pula, Shakilla juga memuat naik permohonan maaf yang dibuat oleh individu tersebut dan dalam kapsyen, pelakon tersebut menyatakan bahawa walaupun dia awalnya enggan mengungkapkan perkara tersebut, namun demi menjaga maruah, dia terpaksa melakukannya.

Shakilla juga memberi amaran kepada orang ramai agar berhati-hati apabila meninggalkan komen tanpa kesahihannya.

“Maaf tapi lagi sekali saya terpaksa buat macam ini lagi. Kenapa eh? Kenapa? Tolonglah hati-hati menulis.

“Nak mengumpat ke nak mengutuk ke terpulanglah asal dibelakang orang itu. Itu dosa kalian.

“Jangan sampai menulis dan jatuh fitnah pada seseorang. Saya tengok dia ni ada suami dan anak, jadi sedih. Kenapa buat macam ni?” ujarnya.

Sebelum ini, terdapat tuduhan bersikap ekstrem di media sosial yang mendakwa Shakilla sedang terlibat dalam hubungan dengan seorang lelaki yang sudah berkahwin.

Shakilla dengan tegas menolak dakwaan tersebut dan merasa kesal kerana keluarganya juga terjejas akibat fitnah yang disebar.

Baca:

Padah enggan guna laluan motor, kereta pula ‘pancung’ dua lorong, patut JPJ pun berang

“Cukup-cukuplah berbohong dan play victim” bekas kekasih gelap mahu Beckham jujur

Tahniah! Usaha boikot berjaya buat 3 syarikat gergasi pro Zionis alami kerugian