Ini kisah jarang berlaku, namun dalam realiti dunia digital sekarang memang tak pelik perkara sebegini boleh terjadi.
Siapa sangka admin group telegram atau whatsapp boleh dipersalahkan gara-gara dituduh menjadi punca perbalahan rumah tangga pasangan yang kedua-dua ada dalam group tersebut.
Ikuti perkongsian seorang admin yang stres berhadapan dengan situasi ini.
Saya agak tertekan dengan situasi ini.
Seorang suami mintak saya remove isteri dia dari group telegram saya.
Alasan dia “untuk kedamaian rumahtangga dia”.
Saya tak kisah nak remove sesiapa. Saya dah remove dan block kedua-duanya.
Yang buat saya tertekan tu tanggapan yang saya ni menjadi punca perbalahan suami isteri.
Macam saya ni menyebarkan perkara yang buruk pula.
Kalau saya kongsi macam mana nak curang, macam mana nak benci pasangan, macam mana nak burukkan perhubungan dengan pasangan, macam mana nak derhaka dengan pasangan, macam mana nak bercerai berai, macam mana nak layan pasangan dan anak dengan buruk atau macam mana nak hidup dalam neraka kat rumah tu lain la ceritanya.
Jika ada benda baru yang dipelajari dari penulisan-penulisan saya, bincanglah dengan baik bersama pasangan.
Bukannya sampai bergaduh bagai. Yang paling utama, jangan bandingkan dan salahkan orang lain.
Baikilah bersama-sama sedikit demi sedikit. Berbincang dengan tenang dan tanpa emosi yang melampau.
Jangan terlalu mendesak. Jangan cabar-mencabar. Jangan banding-membanding.
Perbaiki bersama-sama dengan harmoni. Manusia bukan semuanya sama.
Kepada yang selalu mengikuti penulisan saya, izinkan saya bertanya. Saya ni menyebarkan perkara yang memudharatkan ke?
Jika salah apa yang saya buat selama ini sila bagitau.
Jika sudah sampai masanya saya berhenti berkongsi dan menulis, sila bagitau.
Sumber: BroOhsem
Baca:
Mereka menikus belakang pokok gharqad, ketahui cerita di sebalik pokok disebut Rasulullah ini