Selepas menyendiri untuk beberapa masa selepas terlibat dalam beberapa kontroversi yang hangat sebelum ini, suami kepada pelakon Fatin Afeefa yang dikenali sebagai Opai, memberitahu bahawa beliau telah meninggalkan pelaburan dalam mata wang asing (forex).
Beliau menyatakan bahawa beliau tidak lagi terlibat dalam forex selama setahun .
Aliff Awang, nama sebenarnya Opai, mengatakan bahawa beliau tidak lagi mahu membicarakan berkenanan pelaburan mata wang asing tersebut atau terlibat dalam aktiviti yang dianggap bodoh.
Menurutnya, walaupun telah lama meninggalkan forex, kehidupannya masih berjalan seperti biasa dan beliau yakin rezeki datang dari pelbagai sumber.
“Kalau kau fikir forex yang boleh bagi kau makan, cari balik iman kau dekat mana.”
Opai membuat kenyataan itu selepas dituduh sebagai penipu kerana gagal memenuhi janji untuk memberikan makanan berbuka puasa secara percuma.
Dia juga dikaitkan dengan aktiviti pelaburan mata wang asing (forex) yang pernah dilakukannya.
Bagaimanapun, Opai menegaskan dia terpaksa menutup gerai roti Johnnya kerana kurang mahir dalam memasak jenis makanan tersebut.
Baca :
Makin besar kepala! Warga asing pelopori industri sayur secara haram
Jelas nampak ‘asap’ bukannya edit, itu sebab masuk tandas kena sentuh dulu air