Perpisahan tidak mengganggu hubungan baik antara usahawan Datuk Red dan bekas-bekas isterinya, malah mereka dilihat sering menyokong antara satu sama lain.
Bekas isteri pertama Datuk Red, Cik Hanaa, baru-baru ini memuat naik sekeping foto persandingan usahawan tersebut bersama penyanyi Adira.
Dalam foto tersebut, Datuk Red dan Adira kelihatan duduk di pelamin sambil mengenakan busana merah jambu pada hari perkahwinan mereka.
Hantaran itu dibuat oleh Cik Hanaa untuk memenuhi permintaan warganet yang ingin melihat momen bahagia pasangan itu.
“Dah tahu, ramai tunggu gambar dari ‘muzium’ ni,” tulis Cik Hanaa.
Di ruangan komen, warganet teruja melihat gambar tersebut dan memuji sikap baik keluarga Datuk Red yang sentiasa menjaga hubungan baik sesama mereka.
“Tak pernah tengok gambar ini, akhirnya post juga. Tak sabar nak tengok mereka naik pelamin lagi sekali,” tulis seorang warganet.
“Tenangnya Hana ni, semoga kebahagiaan milikmu selamanya,” kata seorang lagi.
“‘Sporting’ bekas isteri Datuk Red ni. Dah la cantik, baik pula, patutlah rapat dengan Adira,” komen seorang warganet.
“Sukanya dengan family besar ini. Jadi idola pada semua yang menonton, sangat terinspirasi,” tambah warganet lain.
Untuk makluman, Datuk Red didakwa menceraikan Cik Hanaa tidak lama selepas mendirikan rumah tangga kedua dengan Datin Red, atau nama sebenarnya Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim.
Status isteri pertama kemudian diberikan kepada Datin Red selepas Datuk Red berpisah dengan Cik Hanaa.
Datuk Red kemudiannya berkahwin kali ketiga dengan penyanyi Adira Suhaimi di Songkhla, Thailand, pada 3 Disember 2015.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob yang kini berusia dua tahun.
Selain itu, Datuk Red juga mempunyai tiga orang cahaya mata lelaki hasil perkahwinannya dengan Datin Red.
BACA: Pemuda ajar cara singkir bau busuk aircond kereta pasti selamat poket hujung-hujang bulan