Space Dollah bagi hint Syed Saddiq kahwin dulu?

Oleh ABDULLAH HAMID

Personaliti media sosial yang dikenali ramai, Space Dollah atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Abdul Rahman, nampaknya sangat berlapang dada jika adik kesayangannya, Syed Saddiq, mendahuluinya dalam bab mendirikan rumah tangga.

Menurut Space Dollah, dia sudah pun berpeluang bertemu dan mengenali Bella Astillah – wanita yang kini rapat dengan Ahli Parlimen Muar itu – termasuk juga dua anaknya.

“Mereka nampak sangat bahagia. Saya dah jumpa Bella, kenal lebih dekat. Dia memang seorang yang baik, lemah lembut dan berhati mulia,” katanya.

“Anak Bella Macam Saddiq Kecil!” – Space Dollah

Tambahnya lagi, dia turut terkejut apabila melihat anak Bella yang dikatakan mempunyai rupa paras seiras dengan Syed Saddiq ketika kecil!

“Saya rasa Saddiq sangat bertuah jumpa Bella sebab Bella berjaya bawa adik saya ke satu tahap yang lebih baik. Kami sekeluarga pun tumpang gembira,” kata Dollah dengan penuh bangga.

Dollah Tenang, Tak Kecil Hati Kalau Belum Sampai Giliran

Dalam nada berseloroh namun jujur, Space Dollah juga menyatakan bahawa dia tak kisah langsung jika Saddiq berkahwin dulu.

“Kalau dah jodoh tak ke mana. Buat masa ni, biarlah adik saya yang kahwin dulu. Saya santai je,” katanya.

Nampaknya, Space Dollah bukan saja sporting, malah sangat menyokong perjalanan cinta adiknya. Semoga segala yang dirancang berjalan lancar buat Syed Saddiq dan Bella!

BACA JUGA :

Kemesraan Syed Saddiq dengan anak Bella jadi bualan, ada apa-apa ke?

Selepas 11 kali dicurangi, ini kata-kata motivasi Syed Saddiq kepada Bella

Syed Saddiq perjelas MUDA keluar kenyataan gesa Khairul Aming audit laporan kewangan banjir