Realtime website trackingweb stats

Solat Jumaat tanpa khutbah? Cerita pengunjung masjid ini memang ‘plot twist’

Oleh AHMAD ISMAIL

Bagi kaum Adam, setiap minggu mereka akan mendengar khutbah Jumaat sebelum menunaikan solat.

Malah, hadir lewat untuk solat hingga ketinggalan khutbah Jumaat dilarang kerana menyalahi arahan Allah SWT dalam al-Quran.

Ikuti pengalaman seorang pengunjung di sebuah masjid di Surabaya, Indonesia ini yang tular di media sosial ini:

Sekarang sudah banyak muncul Masjid dengan nama masjid Cheng Ho yang konon dibangun oleh para Tionghoa yang beragama Islam.

Beberapa waktu lalu pengalaman saya ke masjid Cheng Ho di wilayah Surabaya yang sangat terkenal, untuk menjalankan Solat Jumaat.

Solat Jumaat tanpa khutbah? Cerita pengunjung masjid ini memang 'plot twist'

Saya datang lebih awal dan seperti yang diajarkan Rasulullah, saya Solat Tahiyyatul Masjid kemudian saya duduk dekat tiang.

Astaghfirullah, saya kaget… . Ini masjid aliran apa?? Tanpa azan tanpa khutbah langsung iqamat??!! (tidak sesuai Rukun dan Syari’at)

Saya bingung, dengan longlai dan perasaan terpaksa saya berdiri juga untuk Solat Jumaat sampai selesai (sekadar untuk menghormati)? Ada ke solat sekadar untuk menghormati??

Kemudian saya tanya pada jamaah disebelah saya sambil bersalaman…

“Masjid aliran apa?”

Dia terkejut sambil jawab: “Ahlussunnah wal jama’ah” (sambil memandang saya dengan curiga)

Terus saya tanya lagi: “Kenapa tiada azan dan khutbah???”

Dia jawab : “Kerana awak tidur!”

Itulah, sandar kat tiang lagi.

Baca:

Tak perlu selenggara mesin pun, pemimpin ini perjelas mengapa pemansuhan caj DuitNow QR wajar

Pelik peniaga gerai ini, tak mahu tauge pula kena caj, pelanggan anggap tak masuk akal

Tular video penuggang guna kaki sebagai signal masuk simpang, ramai terhibur cara dia angkat kaki