Realtime website trackingweb stats

‘Siti Sarah jadi seperti seekor harimau, sampai menjilat kakinya’ Shuib dedah Siti Sarah pernah disihir

Oleh FATIN AQILAH

Baru-baru ini, Shuib mendedahkan bahawa arwah isterinya, Siti Sarah, pernah dirasuk akibat disihir semasa dia masih aktif sebagai penyanyi.

Kisah tersebut dikongsikan oleh Shuib dalam sebuah podcast yang dimuat naik di YouTube.

Menurut Shuib, dia sering mengalami pengalaman seram yang amat mencemaskan.

“Sebenarnya, saya banyak kali mengalami situasi yang menakutkan, termasuk kesurupan dan dirasuk.

Yang paling teruk ialah ketika Siti Sarah bertukar seperti seekor harimau, sampai gaya dia menjilat kakinya,” ujar Shuib.

'Siti Sarah jadi seperti seekor harimau, sampai menjilat kakinya' Shuib dedah Siti Sarah pernah disihir

Kesan daripada dirasuk, Shuib segera membawa Siti Sarah untuk mendapatkan rawatan. Malah, isterinya juga pernah tumbang selepas membuat persembahan di pentas Gegar Vaganza.

“Siti Sarah pernah cakap dia rasa disihir. Dia pernah naik pentas dan merasa seperti orang bencikan dia, dan persembahan pun tidak memuaskan,” tambah Shuib.

Untuk makluman, Shuib dan Siti Sarah berkahwin pada tahun 2011, namun penyanyi tersebut meninggal dunia pada tahun 2021 akibat jangkitan COVID-19.

BAca: Kuali berkerak hitam legam berkilat semula selepas guna bahan ini…