Realtime website trackingweb stats

Siti Nurhaliza dinasihat peminat, tapi lucu pula tak pasal-pasal nama Aina Abdul kena ‘petik’

Oleh AHMAD ISMAIL

Tak pasal-pasal nama penyanyi Aina Abdul yang kerap muncul dengan gaya pelik kena ‘petik’ netizen ketika Datuk Seri Siti Nurhaliza dinasihatkan peminat.

Puncanya kerana Siti tampil dengan fesyen berturban yang menyerlahkan sebahagian daripada lehernya dalam promosi album SITISM.

Peminat menasihatkan ibu kepada Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa berkenaan supaya menjaga aurat.

Rata-rata mereka dilihat bukanya ‘haters’ memandangkan masing-masing memberikan teguran dalam bahasa yang berlapik.

Warganet mahu penghibur nombor satu tanah air disayangi ramai itu supaya mengekalkan identiti Muslimah yang manis, tersanjung apatah lagi sudah bergelar hajah.

Tak tahan tu ada komen yang sempat menyindir penyanyi lain apabila berharap Siti tidak terjebak ikut gaya pelik Aina Abdul.

Baca:

Video Caprice dan Mondy dakwa terima gangguan seksual cemar reputasi Ebit Lew, mahkamah arah padam

Serangga perosak pokok cili cukup takut dengan semburan jenis ini, guna bahan di dapur rumah sahaja, tapi berkesan

Penumpang wanita tinggalkan nota kepada pilot, mesej yang disampaikan menceriakan seluruh kru kabin