Realtime website trackingweb stats

Siram baja roti boleh suburkan tanaman kurang berbunga

Oleh ABDULLAH HAMID

Berkebun memang menyeronokkan, apatah lagi jika dilakukan bersama keluarga tersayang.

Namun, apabila hasil tanaman tidak seperti yang diharapkan, ramai yang cepat berputus asa dan mula hilang minat.

Lebih-lebih lagi apabila timbul persepsi mengenai “tangan panas” yang sering dikaitkan dengan kegagalan bercucuk tanam.

Jika anda menghadapi masalah ini, jangan mudah menyerah! Cuba hasilkan baja roti untuk tanaman anda, terutamanya untuk pokok berbunga.

Kandungan yis dalam roti membantu menyuburkan tanaman dan menggalakkan pengeluaran bunga.

Siram baja roti boleh suburkan tanaman kurang berbunga

Ikuti langkah mudah menghasilkan baja roti seperti yang dikongsikan oleh Irra Salam di TikTok.

Bahan-Bahan:
5 keping roti putih (boleh gunakan roti yang sudah tamat tempoh)

1 liter air hujan atau air paip

1 cawan gula merah

Cara Penyediaan:

 

Sediakan botol mineral kosong dan isikan dengan air.

Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam botol. Pastikan roti tenggelam dalam air.

Peram campuran ini selama tujuh hari sehingga air berubah menjadi keruh.

Tapiskan campuran tadi ke dalam bekas lain, asingkan roti daripada air.

Masukkan gula merah ke dalam air yang ditapis dan kacau hingga sebati.

Tuang campuran ke dalam botol semula dan peram semalaman. Baja anda kini sedia digunakan!

Untuk menyiram tanaman, cedok satu cawan baja roti dan campurkan dengan sebaldi air.

Siram pada pokok dan lihat perubahannya.

Dengan cara ini, anda bukan sahaja mengitar semula roti terbuang, tetapi juga memberikan “tenaga” tambahan kepada tanaman anda. Cubalah dan nikmati hasil kebun yang lebih subur dan berbunga lebat! 🌱

BACA: Pakar jelaskan kesilapan ramai buat letak makanan, minuman berat di pintu peti sejuk