Ahli Parlimen Pas, Ahmad Fadhli Shaari, telah membuat sindiran terhadap pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan Presiden Vladimir Putin.
Ini dilakukan sebagai reaksi terhadap komen warganet yang menyindir pertemuan sekumpulan ahli pembangkang dengan Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon pada hari Selasa lalu.
Warganet sebelum ini mendakwa bahawa pembangkang telah memberikan gambaran yang salah dengan menyatakan mereka menerima kunjungan hormat daripada Luxon.
Mereka menganggap ketua pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebenarnya yang membuat kunjungan kepada Luxon,
Berdasarkan satu video di mana Luxon berkata “terima kasih kerana datang hari ini” kepada Hamzah.
Dalam video yang sama, Luxon juga berkata “anda (Hamzah) bawa kawan-kawan,” yang ditafsirkan oleh beberapa pihak sebagai tanda bahawa Luxon tidak menjangka Hamzah akan membawa pemimpin lain dalam pertemuan itu.
Pengguna media sosial berpendapat bahawa sebenarnya Luxon tidak mengunjungi pembangkang, sebaliknya pembangkang yang pergi bertemu Luxon. Atas dasar ini, Ahmad Fadhli, yang juga Ketua Penerangan Pas, membalas sindiran tersebut dengan menyindir pertemuan Perdana Menteri Malaysia dengan Putin.
Sebelum ini, Anwar Ibrahim dalam ucapannya menyatakan bahawa Presiden Putin telah memintanya untuk hadir ke Vladivostok bagi membincangkan beberapa isu. Ahmad Fadhli kemudian memuat naik tangkap layar berita mengenai lawatan kerja Perdana Menteri ke Rusia yang menyebut “Anwar berhasrat bertemu dengan Presiden Rusia untuk membincangkan hal ekonomi.”
“Presiden Putin yang ingin bertemu dengan PMX, bukan PMX yang berhasrat bertemu Putin. Betulkan laporan ini! Jangan rendahkan maruah Perdana Menteri kita.
“Saya tidak boleh berdiam diri jika ada pihak yang membuat laporan tidak tepat seperti ini, ini perlu diambil tindakan!,” sinisnya di Facebook.
Walau bagaimanapun, sindiran Ahmad Fadhli dianggap oleh pengguna media sosial sebagai “tidak sampai.”
“Fadhli Shaari cuba untuk troll, tetapi tidak berjaya. Perlu diingat, untuk menghadiri forum di Rusia, pastinya ada jemputan rasmi daripada Presiden Putin.
“Memang benar PMX Anwar Ibrahim menyebut dalam ucapannya bahawa Putin mahu bertemu dengannya, dan itulah sebabnya Malaysia menerima jemputan rasmi.
“Sudah tentu dalam surat jemputan rasmi itu tertulis ‘jemputan kepada Perdana Menteri Malaysia,’ bukan ‘jemputan kepada Ahli Parlimen Pasir Mas.’
“Dan PMX juga tidak mengemas kini statusnya dengan berkata ‘saya menerima kunjungan hormat Presiden Putin di Vladivostok’,” balas seorang pengguna Facebook, Najib Bakar.
BACA: Menang emas, atlet Paralimpik sah jutawan, tapi ramai tak tahu berapa jurulatih pula dapat