Realtime website trackingweb stats

Sindir kerajaan negeri Kelantan punca PU Syed respon lagu Namewee?

Oleh ARIF ABDULLAH

Pendakwah bebas, PU Syed, telah memberikan respons terhadap lagu berjudul “Bukit Mak” yang dinyanyikan oleh pengarah dan pemuzik kontroversi, Namewee, bersama pelawak Harith Iskander.

Dalam hantaran di Instagram, PU Syed, yang nama penuhnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak,

Menganggap karya tersebut sebagai keterlaluan kerana ia menyentuh sensitiviti masyarakat di negara ini.

Beliau menyatakan bahawa lagu-lagu dan karya Namewee sebenarnya mencemarkan nama baik negara.

“Boleh Google sendiri, dia telah mencetuskan kontroversi mengenai agama, bangsa, dan negara.”

Sindir kerajaan negeri Kelantan punca PU Syed respon lagu Namewee?

PU Syed juga menegur Harith Iskander agar tidak menggunakan agama sebagai bahan jenaka.

“Kepada Harith Iskander, sebagai pelakon, banyak perkara yang boleh kamu tonjolkan kepada khalayak tanpa perlu mencemarkan agama atau mempermainkannya untuk konten.”

Pendakwah berusia 42 tahun ini turut memberi pesan kepada kedua-dua selebriti tersebut supaya tidak menggunakan sentimen untuk menarik perhatian penonton.

“Saya ingin memberi peringatan kepada Namewee dan Harith, janganlah memainkan sentimen dalam kehidupan kita di Malaysia ini.”

Di ruangan komen, ramai warganet menyokong pandangan PU Syed dan menggesa Namewee serta Harith agar lebih peka dan sensitif terhadap karya yang mereka hasilkan.

BACA: Betul ke ada masalah mental, boleh terlepas dari hukuman jenayah, ini jawapannya