Setiap kali menikmati hidangan Cina, terdapat satu perasaan yang sukar untuk dinyatakan kerana semuanya sedap-sedap belaka.
Tentu saja, antara hidangan yang sering dipilih setiap kali makan di restoran seperti ini ialah sup telur gaya Cina atau Egg Flower Soup yang sangat sedap.
Nampak senang, tetapi banyak dari kita yang gagal membuat kuah sup dengan telur yang lembut.
Ada tip yang boleh membantu, seperti resepi yang dikongsi oleh pengguna Twitter ini yang bertanya kepada Uncle yang berpengalaman.
Dalam resepi kali ini, kita akan kongsikan cara menyediakan Sup Telur Chinese Style yang sedap.
Tidak hanya itu, terdapat satu petua istimewa untuk memastikan telur menjadi halus dan elok ketika dimasak.
CARA BUAT SUP TELUR CHINESE STYLE, ‘DAAN FA TONG’
Bahan-bahan:
- 1 biji lobak merah
- 2 biji kentang
- Daun sup
- Dua ulas bawang putih
- Satu ulas bawang merah
- 1 kiub ayam
- Secubit garam
- Secubit maggie secukup rasa
- 2 biji telur
- 2 sudu besar tepung jagung
- Minyak bijan
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak, kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah dicincang.
2. Apabila bau sudah naik. Tambahkan air. Ambil kira berapa banyak yang kita ingin buat, sebagai contoh, 3 cawan untuk 2 orang makan.
3. Masukkan kentang dan lobak merah. Potong mereka menjadi dadu, dan jika anda suka, boleh juga guna lobak putih atau kacang peas.
4. Masukkan kiub ayam.
5. Masukkan campuran tepung jagung yang sudah dicairkan ke dalam sup. Tepung jagung ini digunakan untuk membuat sup menjadi lebih pekat.
6. Apabila sup sudah mendidih, sekarang kita boleh masukkan telur.
Uncle Lau ada memberikan tips yang berguna, semasa kita memukul telur, masukkan satu sudu air kosong supaya telur nampak cantik dan halus apabila dimasukkan ke dalam sup yang sedang mendidih.
7. Akhirnya, tambahkan bahan-bahan seperti garam, lada sulah, dan sedikit minyak bijan secukup rasa. Biarkan selama 10 minit dan sedia untuk dihidang.
Sumber: Twitter @sarramonez
Baca:
Baru tahu orang Israel pun boikot Mekdi, alasannya memang legit
Ramai kagum ketabahan wanita yang dizalimi penjajah ini, kain tenunan Israa Jaabis raih perhatian
Banyak sangat belacan dan serai, banyak sebablah sambal nasi lemak Andy Cook teruk dikritik