Realtime website trackingweb stats

Siapa suka selam ‘bundle’? Pelawak ini dedah tips kenal pasti barang ‘boek’ atau tidak

Oleh NUR KASIH

Siapa di sini suka membeli pakaian bundle?

Mungkin ada di antara anda yang gemar mencari barang bundle, tetapi kadang-kadang buntu untuk menentukan kualiti barang yang dibeli.

Baru-baru ini, pelakon dan pelawak, Joey Daud atau lebih dikenali sebagai Zulkifli Daud telah berkongsi satu tips bagaimana mengenal pasti seluar jeans yang mahal dan berkualiti kepada beberapa kru di lokasi penggambaran.

Melalui video TikTok yang dimuat naik oleh penyampai radio terkenal, Radin, Joey menerangkan bahawa jika kain di bahagian dalam poket seluar jeans mempunyai corak dan warna-warni, itu menunjukkan seluar tersebut adalah berkualiti tinggi dan berharga mahal.

Siapa suka selam bundle Pelawak ini dedah tips kenal pasti barang boek atau tidak

Susulan itu, jika kain di bahagian dalam poket seluar itu tidak mempunyai apa-apa tulisan dan hanya berwarna putih, maka ini menunjukkan bahawa seluar itu adalah tiruan.

Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian ramai orang dan rata-rata netizen terkejut melihat bagaimana Joey dapat mengetahui perkara tersebut.

Gambar

Selain itu, beberapa netizen turut mengucapkan terima kasih kepada Joey kerana memberi perkongsian ilmu.

Netizen mengatakan ini merupakan kali pertama mereka melihat Joey serius dalam berkongsi maklumat.

@radinamiraffendy Ijazah terbaik datangnya dari jalanan @Mr Jowa @eddy.algojo Bila OG share ilmu pasal barang rare 🙌🏼 #joeydaud #wamwamsam #jeans #bundle #fyp #takhensemtapimanisnyaada #kubilangjangandinjangan #education ♬ original sound – RAA

Baca:

Ini rupanya suasana berbuka puasa abang bomba, ramai tabik spring wira merah

Pengunjung ‘dera’ mental staff, sepahkan baju raya di butik

Serba salah nak ketawa, gelagat kembar ini gelakkan ‘member’ nak menangis menghiburkan