Realtime website trackingweb stats

Siapa perempuan muda yang tergamak jual donat roti burger ‘kreatif’ ini?

Oleh ABDULLAH HAMID

Warganet berduyun-duyun mengecam tindakan peniaga yang dikatakan seorang perempuan muda tergamak menjual roti burger sebagai donat.

Diperli sebagai ‘kreatif’, donat bersalut coklat itu didapati dijual di sebuah pasar malam berdekatan kawasan pantai di Bachok, Kelantan.

“Roti burger, kau potong tengah jadikan donat.

Siapa perempuan muda yang tergamak jual donat roti burger 'kreatif' ini?

“Saya kalau bab makan mahal ke tak sedap ke diamkan saja. Tapi, ini kira menipu dah ni,” kata hantaran di Facebook Menarik Kelate Kito.

Rata-rata pengguna menyifatkan tindakan peniaga itu jelas menipu pelanggan melainkan jika penjual terbabit memaklumkan menjual roti burger bersalut coklat.

“Nak cepat kaya buat beginilah, tak susah-susah keluar peluh. Orang zaman sekarang serba ‘on the spot’.

“Perbezaan lain sangat donat dan roti burger, rasa donat gebu dan tak kering. Kalau burger dia kering, yang mana komen itu kreativiti memang tak berapa cerdiklah.

“Kita pun kena dah sekali, beli dua biji anak kata tak sedap. Tengok-tengok roti burger dia salut saja. Kalau orang jual tu ada dalam group ini, nak pesan baik masuk kelas buat donat,” demikian antara komentar warga maya.

Baca:

Peniaga perlu ‘stop’ guna ubat stapler jika tidak mahu dikenakan saman dan penjara

Tak perlu tebuk dinding, ini cara betul pasang ‘exhaust fan’ di rumah

Satu mangkuk tak cukup! Resipi kuey teow sup ori Thailand memang terangkat