Realtime website trackingweb stats

Siapa Nuha dalam drama “Autumn In My Heart” versi Malaysia? Kenali Tracie Sinidol iras Mira Filzah ini

Oleh NURAIMAN

Kali pertama memikul tanggungjawab sebagai tunjang utama, penampilan ‘Nuha’ dalam drama “Autumn In My Heart” versi Malaysia ini memang menarik perhatian orang ramai.

Wajahnya seakan-akan Mira Filzah, gadis peranakan Murut dan Dusun ini rupanya antara peserta pertandingan Dewi Remaja 2022.

Tracie Sinidol, 22, yang lahir Keningau, Sabah nampaknya sedang meniti publisiti untuk menjadi aktres laris pilihan produksi.

Siapa Nuha dalam drama "Autumn In My Heart" versi Malaysia? Kenali Tracie Sinidol iras Mira Filzah ini

Perwatakannya yang lemah lembut selain semestinya cantik memang pakej yang didambakan banyak syarikat produksi.

Kemunculan Tracie dalam drama “Luruhnya Bunga Cinta” arahan Muhamad Riza Baharudin di TV3 dilihat banyak melariskan drama tersebut.

Apa tidaknya, banyak komentar di media sosial yang secara berseloroh atau mungkin serius memberitahu mereka menonton drama tayang waktu Maghrib itu semata-mata kerana Tracie.

Siapa Nuha dalam drama "Autumn In My Heart" versi Malaysia? Kenali Tracie Sinidol iras Mira Filzah ini

Pendek kata, tanpa Tracie yang kadang macam pelakon Diana Danielle pun ada, kata warganet, mereka tidak layan drama yang ditayangkan di slot Akasia TV3 sejak 19 September lalu itu.

Ketahui 6 fakta mengenai si gadis manis Tracie Sinidol ini:

1. Terpaksa buang dialek Sabah dan bertutur dalam dialek Semenanjung dengan baik melalui pergaulan dan komunikasinya dengan mendekati rakan pelakon dan kru balik tabir di lokasi penggambaran.

2. Mengambil masa lima bulan untuk perlahan-lahan belajar memperbaiki sebutan bahasa Melayu supaya wataknya dapat disampaikan dengan baik dan tidak kedengaran dialek Sabah yang keterlaluan.

3. Tidak mempunyai ramai kenalan memandangkan baru setahun menetap di Kuala Lumpur.

4. Cepat gemuruh tetapi kemudiannya selesa bekerja serta tidak tertekan bersama hero gandingannya, Redza Rosli yang pada awalnya disangka garang.

5. “Luruhnya Bunga Cinta” adalah drama ketiga gadis yang pernah dinobatkan sebagai juara pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau Tambunan ini.

Siapa Nuha dalam drama "Autumn In My Heart" versi Malaysia? Kenali Tracie Sinidol iras Mira Filzah ini

6. Mengakui menjayakan drama sangat tertekan, apatah lagi menjiwai watak Nuha yang banyak adegan menangis. Namun, bersyukur proses ulang kaji apabila balik rumah serta sokongan rakan pelakon dan pengarah banyak membantu.

Baca:

Nelydia post gambar tak bertudung selepas pulang umrah, dia dah bagi hint bulan April lepas ramai tak sangka

Firdaus Wong, Caprice dakwa pendakwah terkenal tawar duit kepada keluarga Mondy Tattoo supaya tutup mulut

Dah kenapa pula banjir di Indonesia tapi salahkan Malaysia, netizen tanya “banjir boleh kirim pakai courier ke?”