Realtime website trackingweb stats

Siapa Mohd Yatim Yahaya? Ketahui siapa tokoh ini sehingga jadi nama jalan

Oleh AHMAD ISMAIL

Bagi warga KL yang lazim menaiki LRT Sri Rampai pasti ternampak papan jalan tertera nama ‘Mohd Yatim Yahaya’.

Siapa sebenarnya beliau? Apa istimewanya individu berkenaan sehingga dinobatkan menjadi nama jalan di ibu negara.

Rupa-rupanya, Tan Sri Haji Mohd Yatim Yahaya ialah anak Malaysia pertama memegang jawatan Juru Ukur Negara pada 30 Januari 1963.

Tokoh berkenaan juga menyumbang bakti terhadap pembangunan awal negara apabila menjadi Pengarah Pemetaan Negara.

Siapa Mohd Yatim Yahaya? Ketahui siapa tokoh ini sehingga jadi nama jalan

Pada tahun 1963 juga Malaysia telah ditubuhkan dan Jabatan Ukur bertanggungjawab untuk ukuran dan pemetaan topografi bagi seluruh negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura. Semasa itu, Jabatan Ukur Singapura juga diletakkan di bawah pentadbiran Mohd Yatim.

Pada tahun 1964, beliau menjadi Pengarah Ukur pertama yang berpusat di Bangunan Ukur Dan Pemetaan di Jalan Semarak sehingga kini yang berpindah dari bangunan lama di Jalan Perak, Kuala Lumpur.

Beliau juga telah menghadiri beberapa persidangan yang penting di luar negara mewakili Malaysia seperti Persidangan Pegawai-pegawai Ukur Commonwealth yang kelapan di Cambridge, England dan Persidangan Pemetaan Daerah Bangsa-bangsa Bersatu yang keempat bagi Asia dan Timur Jauh di Manila, Filipina.

Siapa Mohd Yatim Yahaya? Ketahui siapa tokoh ini sehingga jadi nama jalan

Mohd Yatim juga menandatangani Perjanjian Pertukaran Peta dengan Jabatan Ukur DiRaja Thai dalam tahun 1965.

Beliau telah membawa banyak kemajuan di dalam Jabatan ukur dan Pemetaan.

Jadi, jika anda menempuh jalan di Seksyen 5 Wangsa Maju tidak jauh dari Stesen LRT Sri Rampai, ingatlah bahawa negara mempunyai tokoh yang banyak berjasa dalam bidang ukur dan pemetaan negara.

Baca:

Merahnya muka beruk kentoi, primat hanya di Perlis ini rupanya alami keguguran rambut

Guru umpan murid 12 tahun bermalam di hotel Genting semata-mata nak buat perkara tak senonoh, kantoi siap rakam video

Trending Keretapi Sarong 2023, ramai kata inilah Malaysia sebenar, baca komen pun dah mengalir air mata