Shuib lebihkan isteri baru. Bapa arwah Siti Sarah minta tak perlu fikirkan dia lagi. Sedia maklum, pelawak Shuib Sepahtu telah pun mendirikan rumah tangga bersama isteri barunya, Watie Hanifiah.
Memberi respon mengenai perkahwinan yang baru dibina oleh Shuib, bapa Allahyarham Siti Sarah iaitu Raisuddin Hamzah yakin Watie mampu menjaga keempat-empat cucunya dengan baik.
Bahkan, Raisuddin turut meluahkan rasa gembira dengan perkahwinan Shuib serta Watie, baru-baru ini.
Dalam pada itu, dia turut menambah bahawa dirinya tidak kisah jika Shuib mahu melebihkan Watie berbandingnya kerana itu memang tanggungjawab sebagai seorang suami.
Dia tidak sepatutnya memikirkan saya lagi, sebaliknya Shuib harus mengutamakan dan menjaga perasaan isterinya seperti mana dia melayan arwah isterinya dan keluarga saya suatu ketika dahulu.
Sekadar info, Shuib sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Siti Sarah pada tahun 2011. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.