Suami kepada penyanyi Shila Amzah, yang dikenali sebagai Ubai, telah memberitahu isterinya bahawa dia telah selamat melahirkan seorang anak perempuan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kuala Lumpur pada hari Khamis.
Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 26, berkongsi bahawa pengalaman melaungkan azan selepas menyambut kelahiran anak perempuannya adalah satu pengalaman yang amat luar biasa.
“9 May 2024, Alhamdulillah, isteri saya (Shila Amzah) sudah selamat bersalin.
“Gugur air mata dan sebak melihat isteri bertarung nyawa demi cahaya mata tercinta.
“Pengalaman pertama kali melaungkan azan pada cahaya mata kami, sungguh luar biasa. Perasaan yang tak dapat saya ungkapkan,” katanya.
Sebelum ini, Ubai telah memuat naik gambar menyambut kelahiran anak pertamanya di Instagram pada malam Khamis.
Sementara itu, Ubai juga mengungkapkan rasa bersyukur atas segala nikmat yang diberikan oleh Allah SWT.
Tambah lagi, dia turut berkongsi nama anak perempuannya melalui platform media sosial.
“Terima kasih ya Allah atas rezeki yang kau berikan pada kami sekeluarga.
“Cucu pertama arwah mak dah selamat dilahirkan. Mesti arwah mak gembira, takdir dan perancangan Allah itu sangat hebat. Akan kami jaga sehabis baik amanah dan rezeki yang kau berikan ini.
“Assalamualaikum puteriku, Rhea Akira,” jelasnya.
Untuk makluman Shila sah bergelar isteri kepada Ubai pada 5 Ogos tahun lalu.
Baca:
Ini rupanya sebab bayi banyak menendang
Tampil ‘mewah’ di Met Gala, pereka fesyen ambil masa 1905 jam siapkan baju Alia Bhatt