Realtime website trackingweb stats

Shazwani buktikan bukan lelaki pun boleh jadi pakar pemusnah bom, yang penting berani

Oleh ADINDA

Shazwani buktikan bukan lelaki pun boleh jadi pakar pemusnah bom, yang penting berani.

Orangnya cantik dan bijak, itu gambaran terbaik buat seorang Pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Leftenan Madya Puteri Shazwani Megat Ahmad Shariman yang menjadi pegawai wanita TLDM pertama miliki kepakaran musnah peluru dan bahan letupan pada 2021.

Kisah kejayaan tersebut kembali tular di Twitter @jiwabaik yang memetik catatan daripada Facebook Dr. Zulkifli Hussain, memaklumkan anak jati Kuala Lumpur yang membesar di Ipoh, Perak itu mengakui perlu cepat menyesuaikan diri dan bersedia untuk berdepan dengan sebarang situasi.

Puteri Shazwani ketika ditanya oleh Dr. Zulkifli ketika itu berkata, peranan wanita dalam bidang ketenteraan adalah sama penting walaupun dalam bidang yang majoritinya dipelopori oleh golongan lelaki.

“Saya tak nafikan golongan wanita ada limitasi daya kekuatan fizikal berbanding dengan lelaki. Namun wanita tiada limitasi dari aspek kekuatan mental, ilmu pengetahuan, kebijaksanaan dan personaliti”.

Shazwani buktikan bukan lelaki pun boleh jadi pakar pemusnah bom, yang penting berani. Orangnya cantik dan bijak, itu gambaran terbaik buat seorang Pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Leftenan Madya Puteri Shazwani Megat Ahmad Shariman yang menjadi pegawai wanita TLDM pertama miliki kepakaran musnah peluru dan bahan letupan pada 2021.

“Jadi golongan wanita pun boleh berdiri sama tinggi dengan kaum lelaki sekiranya mereka ada kelebihan itu,” katanya.

Mengulas lanjut tentang laluan kerjayanya, Puteri Shazwani berkata dia sukakan cabaran dan ingin mencuba sesuatu yang baharu bagi menguji kemampuan diri.

Oleh itu, bidang ketenteraan yang diceburinya itu membuka banyak peluang kepada cabaran dan mengasahkan bakat di dalam dirinya.

Sedikit info tentang Puteri Shazwani, anak kedua daripada lima beradik itu mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan (SK) Raja Perempuan Ipoh, kemudian ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Perempuan Ipoh dan menamatkan pelajaran di Maktab Rendah Sekolah Sains Mara (MRSM) Parit, Perak pada 2012.

Kemudian melanjutkan pengajian di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan sebelum diserap sebagai Pegawai Kadet Laut di universiti tersebut.

Shazwani buktikan bukan lelaki pun boleh jadi pakar pemusnah bom, yang penting berani. Orangnya cantik dan bijak, itu gambaran terbaik buat seorang Pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Leftenan Madya Puteri Shazwani Megat Ahmad Shariman yang menjadi pegawai wanita TLDM pertama miliki kepakaran musnah peluru dan bahan letupan pada 2021.

Setelah ditauliahkan dan dikurniakan pangkat Leftenan Muda TLDM pada 2019, Puteri Shazwani berkhidmat di Markas Tentera Laut, Bahagian Material pada 2021, selain menghadiri Kursus Pegawai Kejuruteraan Peluru selama lapan bulan di Kem Mempaga, Bentong sebelum diperjawatkan sebagai Pegawai Laksana di Depot Peluru dan Bahan Letupan Wilayah Laut 1.

Baca:

Ada cara untuk muat 7 orang dewasa dalam kereta axia, kalah MPV

Demi khunafa, wanita bertudung tanpa segan berjoget sakan, tak sedar dipergunakan

Polis laksana saman ekor besar-besaran, semua daerah terlibat, sekali kena RM300 melayang