Realtime website trackingweb stats

Seumur hidup, tengok video ini baru tahu cara sebenar lupuskan al-quran di laut, unik tapi tertib

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Tentu ramai antara kita yang menyimpan Al-Quran yang sudah lama dan rosak, namun tidak tahu cara untuk melupuskannya.

Al-Quran merupakan kitab suci dalam agama Islam yang wajib dihormati dan dijaga.

Oleh itu, jika anda memiliki salinan Al-Quran yang sudah lama atau rosak, penting untuk melupuskannya dengan cara yang betul.

Dalam sebuah video yang tular, JAKIM berkongsi bagaimana mereka melupuskan alquran dalam jumlah yang banyak.

Jika anda tidak tahu bagaimana untuk melupuskan Al-Quran dengan betul, berikut adalah beberapa cara yang boleh anda ikuti berdasarkan cadangan dan panduan daripada JAKIM:

1. Bakar Al-Quran tersebut di tempat yang sesuai, dan kemudian hanyutkan abunya ke dalam air sungai atau laut yang arusnya deras.

2. Bakar Al-Quran dan tanamkan abunya dalam tanah.

3. Tanamkan Al-Quran yang rosak dalam tanah yang tidak dilewati oleh manusia atau haiwan liar.

4. Serahkan Al-Quran kepada pusat pelupusan Al-Quran yang terdekat.

5. Anda juga boleh menghantar Al-Quran kepada pusat-pusat tertentu seperti pusat percetakan Al-Quran yang disahkan oleh JAKIM.

Baca:

Sekarang baru tahu beza fungsi antara aircond inverter dan bukan inverter, patutlah bil elektrik orang lain jimat

Dah ketagih 3 tahun, lelaki ini suka makan dan minum air simen semasa bekerja

Kisah cinta Nisa dikhianati ‘abang askar’, ramai pula akui sakitnya sampai ke Malaysia