Kediaman pelakon terkenal Rozita Che Wan, atau lebih dikenali sebagai Che Ta,
menjadi perhatian apabila diserbu pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) semalam.
Dakwaan Gagal Bayar Pinjaman
Serbuan itu dilakukan susulan dakwaan bahawa Che Ta, yang juga isteri kepada pelakon Zain Saidin,
DIA gagal melunaskan pinjaman daripada MARA yang berjumlah hampir RM1 juta.
Respons Pengurus
Pengurus Che Ta, Afeeq Abd Wahab, meminta orang ramai memberikan ruang dan masa untuk pihak mereka mengeluarkan kenyataan rasmi.
“Assalamualaikum, tolong berikan masa. Saya akan kembali dengan kenyataan rasmi tidak lama lagi. Terima kasih,” katanya.
Melalui Instagram Story, Afeeq turut memuat naik mesej positif, menyatakan bahawa setiap ujian pasti mempunyai hikmah.
“Setiap satu benda yang berlaku ada hikmahnya. Setiap satu aib yang orang buka akan pasti pahala ganjarannya,” tulisnya.
Serbuan Berkaitan Pinjaman
Difahamkan, serbuan tersebut dilakukan oleh pihak MARA bersama peguam dan wakil mahkamah di kediaman Che Ta. Pelakon itu didakwa gagal menyelesaikan pinjaman yang dibuat sejak tahun 2017.
Pihak Che Ta dijangka akan memberikan penjelasan lanjut mengenai isu ini dalam masa terdekat.
BACA: Ini sebab kenapa ada tiupan angin kuat di pintu masuk mall ramai tak tahu