Pernahkah anda merasa sesak di dada selepas mengalami kekecewaan atau kesedihan?
Dalam bahasa moden, kita sering merujuk kepada perasaan ini sebagai ‘patah hati’ apabila menerima berita duka atau mengalami situasi yang mengecewakan.
Seorang saintis, Riza Putranto, mengulas tentang apa yang berlaku pada tubuh kita ketika kita mengalami perasaan seperti ini.
Proses Emosi dalam Otak
Menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of Affective Disorders pada tahun 2000, emosi seperti kesedihan dan kekecewaan diproses di otak,
khususnya dalam sistem limbik yang melibatkan amigdala dan hipotalamus. Apabila kita merasa sedih atau kecewa, sistem saraf autonomik (ANS) akan terangsang, menyebabkan peningkatan kadar denyutan jantung dan perubahan dalam pola pernafasan.
Peranan Hormon Kortisol
Robert Sapolsky dalam kajiannya pada tahun 2004 menjelaskan bahawa ketika otak memproses emosi negatif, ia memberi arahan kepada kelenjar adrenal di ginjal untuk menghasilkan hormon kortisol.
Hormon ini berfungsi sebagai persediaan untuk keadaan ‘fight or flight’ apabila kita menghadapi stres.
Dalam jumlah yang besar, kortisol boleh menyebabkan ketegangan otot dan perubahan dalam sistem peredaran darah, yang boleh mengakibatkan rasa sesak atau ketidakselesaan di dada.
Kesan Ketegangan Otot
Ketegangan otot yang berlaku disebabkan oleh tindak balas hormon ini juga boleh menyumbang kepada rasa sesak di dada
Pelbagai lapisan otot di kawasan dada boleh menekan bahagian tersebut jika terdapat ketegangan, menyebabkan rasa tidak selesa.
Sebenarnya, terdapat beberapa cara untuk mengatasi stres dan keresahan yang sering dihadapi dalam kehidupan seharian.
Tiga kaedah yang berkesan termasuklah menggunakan teknik kawalan pernafasan, duduk dan cuba untuk menenangkan diri, serta mencuba alihkan perhatian.
BACA:Â Rupanya ada cara nak masak nasi putih bagi rasa sedap dan berlemak