Realtime website trackingweb stats

Seramnya bunyi ketukan bertalu-talu dari bawah tanah, tapi bukan ancaman gempa atau tanah runtuh

Oleh ADINDA

Seramnya bunyi ketukan bertalu-talu dari bawah tanah, tapi bukan ancaman gempa atau tanah runtuh.

Sejumlah penduduk di Dusun Tengah di wilayah Sumenep dikejutkan dengan fenomena getaran dan bunyi misteri yang kedengaran dari bawah tanah.

Menurut Ketua Polis Sumenep, Widiarti, penghuni di lima buah rumah dapat mendengar dengan jelas bunyi dan getaran aneh itu menyebabkan mereka terpaksa berpindah ke kediaman jiran berhampiran.

Katanya, kejadian berlaku sekitar pukul 9.45 pagi (waktu tempatan) Sabtu lalu dan ramai penduduk sekitar kampung Moncek Tengah turut panik dan bimbang dengan kejadian itu.

Widiarti berkata, fenomena alam itu kini dilaporkan sudah terhenti dan beliau meminta penduduk bertenang namun sentiasa berwaspada dan berhati-hati.

Bupati Sumenep, Achmad Fauzi Wongsojudo berkata, pihaknya sudah meminta Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) untuk memantau keadaan di Desa Moncek Tengah.

Menurut Achmad, pihaknya juga berkoordinasi dengan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Jawa Timur untuk membantu mengesan kejadian yang berlaku.

“Petugas BPBD sentiasa bersiap siaga di lokasi untuk terus memantau keadaan di lapangan. Saya harap masyarakat bertenang sementara kita menyiasat apa yang terjadi.

“BPBD sudah menganalisis bahawa dentuman misterius itu bukan gempa. Oleh itu kita tunggu kajian daripada BMKG Jawa Timur. Mereka akan tiba di lokasi secepat mungkin untuk memeriksa keadaan di lokasi berkenaan,” kata Fauzi.

Video:

Baca:

Pendakwah influencer luar negara iktiraf Malaysia negara terbaik belajar Islam

Rupanya ini punca Syafiq Kyle dan Mimi Lana batal nikah, dah rancang awal

Rupanya ini punca Syafiq Kyle dan Mimi Lana batal nikah, dah rancang awal