Ramai orang yang suka membiarkan pakaian bersih bertimbun di dalam bilik kerana terlalu malas untuk melipatnya.
Kenapa jin suka di tempat pakaian yang bertimbun?
Seorang individu di TikTok baru-baru ini telah membuat pengguna merasa takut apabila mengatakan longgokan baju yang tidak dilipat merupakan tempat kesukaan jin.
Kisah ini dikatakan dicerita sendiri oleh datuknya ketika menjumpai kanak-kanak yang hilang dalam longgokan baju yang tidak berlipat itu.
Cucu hilang, tidak ditemui selama tiga hari.
Datuk kepada wanita itu berkata seorang pakcik telah berjumpa kerana bimbang terhadap cucunya yang tidak dijumpai selama tiga hari.
Lalu datuknya mengambil keputusan untuk membantu dengan datang ke rumah pakcik tersebut dan memasuki biliknya.
Dikatakan, bilik yang dimasuki oleh datuknya bukanlah tempat tidur dan kelihatan timbunan baju yang tidak berlipat di atas katil dalam bilik berkenaan.
Tangan diangkat, bunyi raungan.
Ketika datuk wanita itu menyeluk tangan di dalam longgokan baju tersebut, tangannya ditarik sehingga membuatkan dia tersembam di atas timbunan baju itu.
Walau bagaimanapun, datuk wanita itu masih bertahan menentang ‘benda halus’ tersebut sehingga dia mendengar raungan yang datang dari sebalik pakaian-pakaian itu.
Tuan rumah memberitahu kepada mereka, dia sering membiarkan timbunan baju tidak berlipat dan disebabkan itu, datuk wanita tersebut menasihati agar tidak membiarkan ia berlaku lagi kerana jin suka ‘duduk’ di tempat-tempat seperti itu.
@junaidah_ayuu cuba tag siapa perangai macam ni… #fyp #foryou #foryoupage #ceritahoror #ceritaseram #kisahseram #horror #horrorstory #kisahhoror #tiktokmalaysia ♬ original sound – Gadis Ayu🤍
Baca:
Kakak Neelofa kongsi rahsia kekal ramping dan sihat
Kisah Pak Din dari Pendang, ‘gelandangan mewah’ 18 tahun tinggal dalam kereta
Patut pun Israel takut, kehebatan terowong Hamas buat zionis terkejut