Sepupu suami kepada pelakon Eyra Hazali ialah salah seorang mangsa tragedi helikopter bertembung

Oleh NUR KASIH

Salah seorang daripada mangsa yang terlibat dalam kemalangan dua helikopter yang bertembung pada pagi Rabu adalah merupakan suami kepada sepupu pelakon Eyra Hazali.

Eyra memberitahu bahawa mangsa yang terlibat dikenali sebagai Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin adalah antara 10 orang yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

“Al Fatihah kepada semua yang terlibat dengan kemalangan helikopter.

Salah seorang mangsa adalah suami kepada sepupu saya iaitu Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin.

“Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” tulisnya.

Sepupu suami kepada pelakon Eyra Hazali ialah salah seorang mangsa tragedi helikopter bertembung

Eyra berkongsi berita itu melalui Instastorynya pada Rabu.

Pada sekitar pukul 9.03 pagi pada hari Rabu, dua pesawat malang itu telah berlepas dari Padang Sitiawan, Perak untuk melakukan latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-90.

Melalui video yang viral, kita boleh lihat dua buah helikopter yang terlibat terlanggar satu sama lain ketika sedang membuat penerbangan.

Maklumat mengatakan helikopter HOM jatuh di tangga Stadium TLDM Lumut dan manakala helikopter Fennec jatuh di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.

Kesemua 10 mangsa yang terlibat dalam kemalangan dua buah helikopter Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan meninggal dunia.

Tiga mangsa berada dalam helikopter jenis Fennec M502-6 manakala tujuh lagi berada dalam helikopter HOM M503-3.

Baca:

“Dapat pakwe orang putih, kau jadi…” – Maya Karin pegang anjing cetus provokasi

Bertembung sesama sendiri sebelum dua helikopter terhempas di Lumut

“Sebab kau bo*oh lah kerja tol”, warganet nasihat spesis biadab boleh buka Waze pilih ‘avoid toll’