Dalam artikel ini, terdapat resipi memasak sambal tumis ikan bilis petai yang sangat menyelerakan dikongsikan oleh pengguna laman Facebook iaitu Iedaa Jahaya.
Sambal ini tidak terlalu cair, sebaliknya agak kering, dan ia melekat pada ikan bilis.
Jenis sambal ini sangat menyelerakan apabila dimakan dengan nasi lemak atau bubur nasi.
Bahan-bahan:
- Minyak masak
- 2 genggam ikan bilis
- 15 tangkai cili kering
- 1 inci belacan
- 1 ulas bawang putih
- 2 ulas bawang merah
- 2 sudu gula
- 1 sudu besar asam jawa (dibancuh dengan sedikit air)
- 3 papan petai (dikupas kulit)
- 1 sudu besar kicap manis
Cara membuat:
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Goreng ikan bilis sehingga kekuningan tanpa perlu terlalu garing. Angkat dan toskan. Ketepikan.
2. Kisar cili kering dengan belacan, bawang putih, dan bawang merah.
3. Gunakan minyak yang sama yang digunakan untuk menggoreng ikan bilis tadi.
4. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak.
5. Tambahkan gula. Gaul rata.
6. Tuangkan air asam jawa. Kacau perlahan.
7. Seterusnya, tambahkan ikan bilis yang telah digoreng dan juga petai. Gaul sebentar.
8. Akhir sekali, tambahkan kicap manis.
Campurkan dan biarkan sebentar.
Matikan api. Siap!
Selamat mencuba!
Kredit: Iedaa Jahaya
Baca:
Patutlah netizen samakan make up DS Vida dengan Chandramukhi, rupanya ini sebabnya
Biar hidup B40, tapi pencen macam T20, lelaki kongsi cara bolehkan hidup selesa pada usia senja