Realtime website trackingweb stats

“Semuanya ketentuan Allah”-Johan As’ari dedah punca terpaksa tangguh majlis kahwin Disember ini

Oleh FATIN AQILAH

Pelakon Johan As’ari, 37 tahun, dengan hati yang berat, mengumumkan terpaksa menangguhkan majlis pernikahannya dengan wanita yang dikenali sebagai ‘N’.

Pernikahan ini sepatutnya diadakan sempena ulang tahun kelahirannya pada 3 Disember.

Johan menyatakan bahawa faktor-faktor tertentu yang tidak dapat dielakkan telah memaksa dia untuk menunda majlis tersebut dan dia ingin memohon maaf kerana sebelum ini telah mengumumkan perancangan pernikahan tersebut dengan begitu teruja.

“Sebenarnya ada beberapa hal yang menyebabkan kami tidak dapat meneruskan majlis pernikahan ini dan terpaksa tunda ke awal tahun depan.

“Selain dewan kahwin yang penuh, ada beberapa perkara lain yang saya tak dapat nak kongsikan walaupun segala persiapan sudah mula dibuat.

“Doakan semoga saya cepat kahwin. Hubungan kami okey saja tiada masalah. Cuma saya mohon maaf kerana sebelum ini saya pernah hebahkan akan berkahwin tahun ini tapi saya hanya mampu merancang, Allah yang tentukan,” katanya.

Johan menjelaskan bahawa apabila tarikh rasmi hari bahagiannya tiba, dia tidak akan menyembunyikan fakta itu daripada orang lain.

Selain itu, Johan juga akan dengan senang hati berkongsi gambar wajah kekasih hatinya kepada umum.

“Perkahwinan bukan untuk dirahsiakan. Jadi saya akan beritahu kepada peminat dan rakan media yang sudi untuk datang ke majlis kami nanti. Saya tidak akan sorok.

“Begitu juga dengan wajah kekasih selepas kami berkahwin nanti. Saya akan kerap kongsikan wajahnya dengan lebih kerap nanti.

“Walaupun saya yakin dia bakal menjadi suri hati saya, tapi dalam masa sama saya takut untuk tonjolkan selagi dia belum sah bergelar isteri.

“Lagipun pengalaman mendewasakan saya. Menerusi perhubungan sebelum ini saya terlalu teruja berkongsi, sehingga akhirnya berasa malu kerana hubungan itu berakhir dengan perpisahan.

“Satu lagi saya lebih nak menjaga hati dan privasi pasangan. Sebab itulah saya jarang kongsi wajahnya,” katanya.

Sebelum ini, Johan berharap untuk berkahwin tahun ini setelah menjalani hubungan selama lima tahun bersama wanita bernama N.

Baca:

Padah enggan guna laluan motor, kereta pula ‘pancung’ dua lorong, patut JPJ pun berang

“Cukup-cukuplah berbohong dan play victim” bekas kekasih gelap mahu Beckham jujur

Tahniah! Usaha boikot berjaya buat 3 syarikat gergasi pro Zionis alami kerugian