Realtime website trackingweb stats

Semua orang boleh buat duit, tapi kena ada 2 syarat ini macam Khairul Aming

Oleh ABDULLAH HAMID

 

Semua orang boleh jadi pencipta kandungan dan buat duit tetapi tidak ramai ada sifat seperti dimiliki Khairul Aming.

Penerima Creator Of The Year pada TikTok Awards Malaysia 2023 itu mencipta fenomena pada 2 Februari lalu apabila Dendeng Nyet Berapi mencapai lebih RM1.2 juta dalam tempoh tiga minit 39 saat.

Ikuti pendapat She Nursyahirah ini yang meraih lebih 19,000 tanda ‘like’ ini yang antara lain menegaskan tanpa adab dan pelajaran, tak semua orang boleh jadi seperti Khairul Aming:

Semua orang boleh buat duit, tapi kena ada 2 syarat ini macam Khairul Aming

Khairul Aming dan fenomena Dendeng Nyet Berapi. Macam mana 80,000 pek terjual dalam masa 3 minit 39 saat?

Saya adalah salah seorang di antara 3.8 juta followers Instagram Khairul Aming yang tertunggu-tunggu nak beli produk kedua Khairul Aming selepas 3 tahun – Dendeng Nyet Berapi.

Kalau dulu, 10,000 botol Sambal Nyet Berapi dilancarkan 6 Januari 2021, pukul 12.30pm di Shopee licin dalam masa 54 minit.

Kali ni, 80,000 pek Dendeng Nyet Berapi dilancarkan pada 2 Februari 2024, pukul 9pm dekat live Tiktok Khairul Aming licin dalam masa 3 minit 39 saat.

Saya dah buat kira-kira, dengan jumlah followers 7.9 juta:

  • 3.8 juta di Instagram
  • 4.1 juta followers di Tiktok

Itu belum termasuk followers social media @KhairulAmingBrand , kalau yang beli Dendeng Nyet Berapi cuma 1% daripada follower tersebut, jumlah pembeli adalah 79,000 orang.

Jadi, pelancaran hari pertama dengan stok awal 80,000 pek adalah relevan. Tak terlalu banyak, tak terlalu sedikit. Just nice.

Marketing untuk Dendeng Nyet Berapi dekat media sosial hanya bermula 4 hari sebelum hari pelancaran. Ya. Hanya 4 hari, fuh!

Dan Dendeng Nyet dihasilkan untuk melengkapi produk pertama, iaitu Sambal Nyet.

Maksudnya produk kedua ini adalah produk untuk compliment produk pertama, bukan produk yang dihasilkan untuk bersaing dengan produk pertama tu. Pintar ‘kan?

✅ 4 hari sebelum hari pelancaran, dalam video 1 minit 45 saat, Khairul Aming mulakan video marketing dengan:

• Langkah 1:
Aerial view kilang Rasapop, lokasi Dendeng Nyet dihasilkan.

• Langkah 2:
Bahan-bahan yang digunakan untuk buat Dendeng Nyet Berapi – bawang, halia, cili, daun limau purut.

Dinyatakan juga R&D Dendeng Nyet ambil masa selama setahun sebab bukan R&D resepi semata-mata tapi juga R&D mesin, pembungkusan dan juga cara penyimpanan.

• Langkah 3:
Cara penyediaan Dendeng Nyet Berapi.
Dari proses kisar, rebus, goreng dan pemilihan packaging untuk menjadikan Dendeng Nyet ini produk yang sedia dimakan (ready to eat).

• Langkah 4:
Kemaskini perkembangan Sambal Nyet selepas 3 tahun dalam pasaran.

Tahun 2023, jualan Sambal Nyet Berapi adalah RM20 juta, meningkat 40% dari tahun 2022.

Jumlah keseluruhan Sambal Nyet sudah terjual sebanyak 3 juta botol.

Khairul Aming cerita juga macam mana hasil keuntungan penjualan Sambal Nyet ini dilaburkan semula ke kilang untuk meningkatkan fasiliti sedia ada.

Ini termasuklah modal lebih daripada RM2 juta yang digunakan untuk membeli mesin, packaging dan bahan-bahan untuk penghasilan produk kedua, Dendeng Nyet Berapi.

Video diakhiri dengan pengenalan produk baru, tarikh, masa dan jumlah stok yang akan dilancarkan pada hari pertama.

✅ 3 hari sebelum pelancaran, dalam video 1 minit 25 saat, Khairul Aming kongsi pula cara makan dan cara simpan :

Cara makan :

1) Koyak je dan boleh terus makan atau rebus dulu packaging tu untuk makan panas-panas.

2) Sesuai dimakan dengan nasi putih, nasi goreng dan sebagainya.

Nak makan dengan apa ni semua orang tahu, tapi Khairul Aming bijak, dia selitkan sikit macam mana Dendeng Nyet ni boleh bantu untuk mudahkan kita pada bulan puasa baik sahur atau berbuka.

Smart move!

Cara simpan :

  • Ada expiry date belakang packaging.
  • Produk tahan 1 tahun walaupun pada suhu bilik.
  • Kalau dah buka tapi tak habis, packaging tu boleh lipat je dan simpan dalam bekas, masukkan dalam freezer, nak makan nanti panaskan balik.

Ini pun benda yang kita dah tahu, tapi dihighlight juga supaya pembeli tak payah ragu-ragu kalau nak beli banyak-banyak buat stok.

Video diakhiri dengan reminder sekali lagi tarikh dan masa pelancaran.

✅ 2 hari sebelum pelancaran, dalam video 5 minit lebih, Khairul Aming terangkan tentang soalan-soalan yang orang tanya tentang Dendeng Nyet.

  • Harga : RM 14.99
  • Berat : 180g
  • Level pedas : 4/10
  • Texture daging dendeng
  • Platform launching : Tiktok (2 Februari 2024,9pm)
  • Purchase Limit : Maksimum 6 pek dalam 1 order

Selain tu Khairul Aming terangkan juga rasionalisasi kenapa maksimum 6 peket dalam 1 order :

  • Kekangan masa sebagai online seller yang terikat dengan time frame postage sebab kalau lambat postage, seller akan kena penalti.
  • CNY dah dekat, jadi parcel kena clear cepat sebelum courier cuti sebab kalau tak nanti akan ada overload parcel dekat warehouse courier.

Dan akhir sekali Khairul Aming terangkan yang packaging Daging Dendeng ni 95% lebih ringan daripada botol kaca Sambal Nyet.

Semua penjelasan dan penerangan sangatlah telus.

✅ Sehari sebelum hari pelancaran, dalam video 3 minit lebih, Khairul Aming kongsi pula:

Macam mana pemilihan produk dan resepi dibuat.

Mula-mula cuba resepi dekat video 30 hari bulan puasa tahun 2023, bila feedback bagus, team Khairul Aming improvised lagi resepi untuk hasilkan produk.

Beli mesin custom untuk kilang yang makan masa berbulan-bulan sebab proses filling, packaging semua mesin yang buat supaya production Dendeng Nyet lebih efisyen.

Pemilihan packaging – Warna kuning dan simple supaya dari jauh orang dah tau tu produk Dendeng Khairul Aming.

Renovate kilang yang menelan kos paling tinggi untuk pastikan proses penghasilan produk kedua ini dapat dilakukan dengan baik.

Dia tunjuk juga video-video kegagalan R&D Dendeng Nyet di peringkat awal. Stok meleleh, isi tak masuk etc.

Mesyuarat dengan team untuk tetapkan SOP penghasilan Dendeng Nyet dari A-Z.

Shooting produk untuk pemasaran dari dalam studio sampailah ke New Zealand.

Di belakang tabir, staf dah siap bungkus 30,000 parcel Dendeng Nyet Berapi, tinggal nak post je, walaupun order belum buka lagi. Hebat ‘kan?

✅ 4 jam sebelum waktu pelancaran, keluar 1 lagi video santai as a reminder untuk live. Pukul 9.00 malam, Khairul Aming dah standby untuk live Tiktok dari Kelantan.

Saya pula sudah siap sedia depan henpon dari Uzbekistan.

Yes, I am currently in Uzbek menunggu nak beli Dendeng Nyet. Sini baru pukul 6.00 petang 🥹

Dalam masa 3 minit lebih, licin semua 80,000 pek! Walaupun ramai yang komen sedih tak dapat tapi aku percaya ramai juga yang gembira tengok kejayaan produk kedua Khairul Aming.

Khairul Aming adalah seorang content creator paling berjaya, lulusan universiti luar negara tapi langsung tak pernah keluarkan statement tak sekolah pun tak apa, gagal SPM pun tak apa. Tak.

Masa menang anugerah Creator of The Year,
dalam ucapan Khairul Aming siap pesan —

“Kepada anak muda yang nak jadi content creator, teruskan pembelajaran walaupun nak jadi content creator. Kena ingat, jadi content creator bukan sekadar untuk viral.

“Untuk relevan lama dalam industri, perlu banyak pengetahuan, critical thinking, problem solving, ada adab, ada common sense.

“Habiskan pelajaran dan jadilah pelapis content creator yang bagus, yang boleh majukan negara kita Malaysia.”

Khairul Aming adalah satu dalam sejuta.

Tahniah Khairul Aming untuk kejayaan hari ini dan tahniah juga sebab selalu bagi nasihat betapa pentingnya kena jadi content creator yang berkualiti.

We have enough content creator yang kata sekolah tak penting, gagal SPM pun takpe.

Semua orang boleh buat bisnes, semua orang boleh viral, semua orang boleh buat duit.

Tapi tanpa adab dan pelajaran, tak semua orang boleh jadi seperti Khairul Aming!

Baca:

Awas! Simptom bengkak atau benjolan mungkin tanda awal kanser NPC

Cepat buruk dan busuk! Ini rupanya cara simpan pisang elak cepat lebam

Rahsia karya seni P Ramlee sentiasa malar segar, rupanya dia ada tabiat ganjil