Realtime website trackingweb stats

Sembur je campuran 3 bahan ini, ‘confirm’ terkulai layu rumput lalang

Oleh HADI KAMARUDIN

Rumput liar di halaman rumah yang tumbuh tanpa diundang memang menyakitkan mata.

Walaupun baru dicabut atau dimotong beberapa hari lalu, tumbuhan ini pasti akan muncul semula.

Terkadang, kesibukan mencari rezeki membuatkan kita tak sempat mengurus halaman rumah sehingga rumput liar pun tumbuh dengan subur.

Kerana ingin hasil yang cepat, ramai yang memilih untuk menggunakan racun rumput sebagai penyelesaian.

Namun, tidak semua suka menggunakan racun rumput kerana risiko bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan. Jadi, mengapa tidak cuba membuat campuran racun sendiri?

Sembur je campuran 3 bahan ini, 'confirm' terkulai layu rumput lalang

Seorang pelayar Facebook, Johari Kamal, berkongsi cara untuk membuat racun DIY yang berkesan.

Bahan-bahan yang diperlukan mudah didapati:

1. Garam kasar
2. Air panas
3. Sabun pencuci pinggan
4. Alat penyembur

Cara penyediaannya juga mudah:

1. Campurkan garam kasar dengan air panas.
2. Tambahkan satu atau dua sudu sabun pencuci pinggan ke dalam campuran tersebut.
3. Masukkan campuran ke dalam alat penyembur.
4. Semburkan racun DIY ini ke kawasan rumput liar.

Menurut Johari, dia menyembur racun DIY ini pada halaman rumahnya pada pukul 8 pagi, dan dalam beberapa jam, rumput liar sudah mula layu. “Esok pasti bersih. Bulan depan, akan ulangi lagi. Apa jenis rumput pun, pasti ‘kiok’ semua,” katanya.