Selepas kecoh bulan lalu mengenai ‘langit rosak’ di Jerantut, penduduk di Sungai Besar, Selangor pada malam 24 Oktober gembar gempar menyaksikan fenomena sebahagian langit disinari warna hijau.
Kalau ‘langit rosak’ pada 15 September lalu menyaksikan munculnya kilat berwarna merah tanpa bunyi guruh, di Sungai Besar pula wujud cahaya hijau menerangi langit.
Gambar fenomena pelik yang dipercayai berlaku dalam tempoh singkat itu sempat dirakam di sebuah taman perumahan dan dikongsikan pemilik akaun Facebook, Man Toya dalam hantarannya.
“Sungai Besar kenapa terang sangat cahaya ini dan bergerak?” katanya menerusi hantaran di laman Facebook kira-kira jam 8.30 malam, 24 Oktober.
Susulan itu, mereka yang menyaksikan fenomena sama turut meninggalkan komen pada keterangan gambar tersebut.
Menurut pemilik akaun Facebook, Cik Faa, dia perasan penampakan cahaya hijau itu di hadapan rumah.
“Habis sahaja azan Isyak (cahaya hijau di ruang udara) terus hilang,” komennya.
Sementara itu, Mohamad Amirul juga menganggap aneh kerana berlaku di hadapan rumahnya yang menghadap jalan.
“Belakang rumah saya laut, tetapi saya nampak depan rumah, (mustahil nelayan) candat sotong dekat jalan, (rasa) pelik,” ujarnya.
Namun, pendapat lain mengaitkan cahaya aneh itu sebenarnya dari arah bot nelayan yang melakukan aktiviti mencandat sotong di laut berdekatan.
Antaranya, Nor Faridah yang berkata, cahaya itu datang dari bot nelayan di kawasan bagan berhampiran.
@lenda_moh Jumaat 15 Sept 2023, masa ni Azan isyak, saya kat luar rumah, perasan langit lain macam. korang tengok sampai habis sebab ada part pelik yg saya slow speed. langit nampak mcm screen. tah la xreti nak cakap. semoga kita semua dilindungi Allah swt. #langit #sky #kuasaAllah #fyp ♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya
Baca:
“Nanti cakap lebih-lebih cakap saya nak cetuskan isu pulak” – Shakilla persoal Fizi tekap mulut anak