Pelakon teruk kena kecam, Amir Ahnaf mengaku takut melakonkan babak panas yang agak keterlaluan ekoran adegan wajah ‘puas’ dalam drama Syurga Itu Bukan Mudah.
Katanya, perasaan takut itu demi menjaga nama baik keluarga tetapi Amir terbuka untuk melakonkan apa saja babak mengikut jalan cerita dan skrip yang diterima.
Aktor yang dikenali dengan watak sebagai Kahar dalam siri Astro Originals Projek: High Council itu berkata, dia akan cuba penuhi apa saja babak yang dituntut dalam skrip.
Walau bagaimanapun, jika ada babak tertentu yang menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia, pemuda berusia 23 tahun itu percaya pengarah pun akan menukarnya lebih awal.
“Mungkin dia akan mengolah babak (keterlaluan) itu supaya lebih diterima penonton. Sebaik dibenarkan oleh pengarah dan penerbit, saya sedia berkhidmat untuk menjayakan watak diberikan.
“Saya akui takut untuk melakonkan babak panas kerana bimbang dimarahi keluarga. Lagipun saya bawa nama baik keluarga saya,” lapor Harian Metro.
Peserta Hero Remaja 2021/2022 itu berkata, dia bukan selebriti yang sanggup melakonkan babak panas semata-mata untuk meraih populariti.
“Saya faham sesetengah pelakon ada cara mereka sendiri, tapi untuk diri sendiri saya cuba jaga batas dan had lakonan saya.
“Apa yang boleh dijaga, saya cuba pertahankan,” kata anak sulung daripada 9 adik beradik yang berasal dari Dungun, Terengganu itu.
Menurut bekas Presiden Badan Wakil Pelajar di MRSM Kuala Terengganu itu juga, dia yakin produksi memiliki teknik suntingan bagi babak yang melampau.
“Kalau ada babak yang keterlaluan, saya percaya produksi pun mempunyai kepakaran dari sudut suntingan dan menggunakan teknik kesan kamera (camera trick),” kata Amir Ahnaf lagi.
Baca:
Mayat Erra Fazira tak dapat dihantar pulang, Sukarno pula merana di Malaysia
Alamak! Popiah ‘viral’ ramai Muslim serbu ini taukenya dah mengaku bubuh serbuk babi