Bukan sahaja mengedar sejuta al-Quran ke seluruh dunia, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menyampaikan khutbah solat Jumaat di masjid Pusat Kebudayaan Islam New York (ICCNY).
Dijadualkan berlaku pada 22 September ini, jangan tak tahu Perdana Menteri adalah pemimpin negara luar pertama diberikan penghormatan menyampaikan khutbah di masjid ICCNY yang bersejarah itu.
ICCNY pula sebuah organisasi agama dan budaya Islam yang ditubuhkan pada awal 1960-an bagi keperluan komuniti Muslim di Manhattan khususnya dan keseluruhan komuniti Muslim Amerika secara umum.
Masjid itu adalah masjid pertama dibuka di kota New York pada 25 September 1995 yang juga menempatkan ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Sosok Perdana Menteri pun memang diketahui umum rapat dengan usaha memartabatkan Islam dengan pendekatan yang berkesan.
Idea penubuhan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) pun sebenarnya antara lain dibawa oleh Anwar Ibrahim sejak tahun 1971 lagi.
Semasa itu, masyarakat Melayu di Malaysia masih lagi majoritinya tidak bertudung dan pelajar sekolah lelaki masih berseluar pendek.
Jadi, jemputan menyampaikan khutbah itu bertepatan dengan iltizam Anwar dalam memperjuangkan penghayatan Islam dan menangani gerakan Islamofobia.
Sebelum ini pun, tindakan Malaysia di bawah kepimpinan Anwar mencetak dan mengedar sejuta naskhah al-Quran ke seluruh dunia, sebagai tindak balas terhadap pembakaran kitab suci umat Islam itu menarik perhatian global.
Anwar menegaskan bahawa penentangan terhadap Islam dan al-Quran adalah disebabkan kejahilan yang tebal dan permusuhan warisan sejak zaman penjajahan sehingga wujudnya gerakan Islamofobia.
Dalam pentadbiran dan hala tuju negara, Anwar juga cuba mengungkapkan pendekatan Islam dalam MADANI.
Baca:
Merahnya muka beruk kentoi, primat hanya di Perlis ini rupanya alami keguguran rambut