Realtime website trackingweb stats

Selepas difatwakan haram, Yang di-Pertua negeri Melaka tarik gelaran Datuk milik Ceo GISBH

Oleh AHMAD ISMAIL

Melaka hari ini mengumumkan penarikan semula Darjah Pangkuan Seri Melaka yang memberikan gelaran Datuk

kepada Ketua Pegawai Eksekutif GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Nasiruddin Mohd Ali, pada 25 Ogos yang lalu.

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Azhar Arshad, dalam kenyataan beliau memaklumkan bahawa

Tindakan tersebut diambil oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Mohd Ali Rustam, setelah menerima nasihat daripada Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.

“Sehubungan dengan itu, nama Nasiruddin telah dikeluarkan daripada Senarai Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka 2024,” katanya.

Azhar menjelaskan bahawa penarikan semula darjah kebesaran ini adalah selaras dengan kuasa prerogatif

Selepas difatwakan haram, Yang di-Pertua negeri Melaka tarik gelaran Datuk milik Ceo GISBH

Yang di-Pertua Negeri Melaka seperti yang dinyatakan dalam Perkara 34B, Bahagian IV, Perlembagaan Negeri Melaka.

Justeru, Azhar menambah bahawa Nasiruddin tidak dibenarkan lagi untuk menggunakan gelaran tersebut dan beliau dikehendaki memulangkan semula darjah kebesaran itu kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh.

BACA: Cuba pukul lalat tak dapat, ini cara tangkap lalat hanya guna 3 bahan ini je!